Thursday, December 4, 2008

11 Kenderaan Tertimbus Dalam Tanah Runtuh


BERNAMA


Sebelas kenderaan di kawasan parkir antara Bangunan CIMB dan Bangunan Amanah Raya di Jalan Semantan di sini tertimbus dalam kejadian tanah runtuh hari ini, demikian menurut bomba dan penyelamat.Kejadian pada pukul 5.15 petang yang dipercayai akibat hujan lebat sejak pukul 2 petang itu meranapkan dinding konkrit setinggi 15 meter di kawasan parkir itu."Mungkin juga faktor hujan dan saliran air di dalam tanah menyebabkan runtuhan," kata Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah Azizan Ismail ketika ditemui di tempat kejadian.Bagaimanapun, katanya, punca sebenar kejadian masih disiasat.Azizan berkata 11 pemilik kenderaan kebanyakannya terdiri daripada kakitangan CIMB telah membuat laporan mengenai kenderaan mereka yang tertimbus dalam kejadian itu.


Sehingga pukul 9 malam, beberapa kenderaan telah dikeluarkan dari runtuhan itu menggunakan dua jentera berat.Kejadian tanah runtuh itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas sehingga tiga kilometer di kedua-dua arah laluan di Jalan Semantan dan polis trafik kini mengawal pergerakan lalu lintas di jalan terbabit.Sementara itu, jalan di atas lereng bukit tanah runtuh itu ditutup kepada lalu lintas bagi mengelakkan kejadian lebih buruk. Setakat ini, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, kata seorang anggota polis di tempat kejadian.


mysacRedHeart wrOte : Memang kejadian seperti ni tak dijangka..boleh dikatakan setiap hari, hujan lebat turun kat KL..mujurlah tiada kemalangan jiwa dilaporkan..kampung-kampung dalam KL pun sekarang ni asyik kena banjir lumpur jer..tapi teruk lagi banjir kat terengganu....

4 comments:

Ajin b. Gagah said...

Assalamualaikum sekali lagi,
Satu lagi topik yang menarik,
Kejadian ini sepatut nya boleh dijangka akan berlaku oleh pakar-pakar dari KL City. Apa lagi keadaan geoteknik ( keadaan tanah ) di kawasan tersebut terdedah kepada air hujan dan tekungan air selepas hujan . Dengan pancutan air yang deras lagi berterusan tanpa hala dan kawalan pasti akan menggugat kawasan tersebut. Bukti nya, kita semua dah tahu.
Saperti kata mySacRedHeaRt ‘ mujur tiada kemalangan jiwa’ . macam mana Kalau di sebalik nya berlaku ? satu Malaysia pasti akan heboh. Namun , sebelas keenderaan sudah jadi mangsa. Siapa yang tanggung kerugian? Kalau kerita yang ada insuran klass satu ok juga. Kalau klass tiga ? merana juga empunya kerita di buat nya.
Di samping itu, struktur yang terlibat pasti ada kos untuk membaiki pulih . Siapa tanggung pasti KL City juga atau si Pembayar Cukai.
Inti pati komen saya ia lah, seharus nya pakar-pakar yang di gaji dengan lumayan oleh KL city, buat kerja dengan betul. Kalau mereka lebih peka dan perihatin dalam pementauan dan menangani hal ' environment problems' ini dengan sapenuh nya , saya pasti perkara macam ini boleh di kurangkan dari berlaku..
KL penuh dengan sejarah pahit yang banyak berkaitan dengan tanah runtuh, rumah runtuh dan sebagai nya.
Tak kan KL sudah lupa dengan tragedi Highland Tower kot.

mySacRedHeaRt said...

w'lam...i setuju ngan solymone, bukan semua org ade insurans kelas 1, bagi yg x mampu tue belum tentu d next 2-4yrs akan dapat balik pakai kete. hutang bank makin melambung...ape yg membimbangkan solymone dan semua dah pun tjadi.. peristiwa ala-ala higland tower dh pun tjadi....bukit antarabangsa menjadi saksi.. sedih betul dengar peristiwa tanah runtuh tersebut..
pembantu rumah pun meninggal..aduhai kesian sungguh..al-fatihah kepada mereka

Ajin b. Gagah said...

Thanks mysacredheart kerana perihatin.
Direct to the issue. Hal mencari kesalahan sudah tak ada maana nya. Yang berlaku sudah pun berlaku. However, agensi-agensi yang terlibat perlu bersedia untuk memberi lapuran, pampasan dan menerima hukuman.

Saperti yang saya kata kan dalam blog saya ;sejak berlaku nya tragedi ‘Highland Tower’ undang-undang sudah di maktubkan untuk menghalang pembangunan di lereng bukit. Hal ini bukan nya baru. Cuma arahan tidak di patuhi.

Kenapa ? dan mengapa ? mesti banyak cerita di sebaliknya.

Masaalah akibat bencana ini tidak perlu di politikkan. Kerana PERBALAHAN POLITIK bukan lah tindakan bijak dan penyelesaian.

Saya perhatikan ada juga komen parti pembangkang timbul. Namun komen-komen negatif tidak diperlukan sekarang.

'The problematic land sliding is far and beyond politics'.

Ini lah masa nya bagi semua rakyat Malaysia untuk bekerjasama dalam menangani bencana ini. Saperti menyelamat, pandangan professional( kalau perlu bantuan antarabangsa), bantuan asas, counseling, penubuhan dana bantuan (Foundation) dan bantuan kerajaan untuk mengenal pasti tempat-tempat yang sesuai untuk penempatan.
Assalamualaikum

Anonymous said...

Salam....
Sedih dan terharu terhadap malapetaka yang menimpa mereka...tapi, kenapa bukit antarabangsa sahaja yang kena highlight??? Yang tertimbus ditempat lain tu bukan manusia dan rakyat Malaysia ke???
Ni yang JomoSama jadi `mekong' ni!!