Friday, July 18, 2008

Antara Anwar dan Ahmad Shabeery

Mysacred yakin ramai yg tak lepas peluang tgk debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek (DASC) ngan DSAI baru-baru ini. Kalo nk diikutkan Mysacred mmg jarang nk duduk depan tv lame2 cam aritu, tapi disebabkan nak tgk sejauh mane kehebatan kedua dua org tokoh pada malam tu membuatkan Mysacred begitu tekun mendengar setiap hujah yang disampaikan.
Jelas sekali DSAI hanya pandai memainkan sentimen kebajikan rakyat utk menguatkan hujah nya, Manakala DASC banyak mengeluarkan fakta-fakta yg sahih utk menyatakan kebenaran kpd rakyat (tindakan kerajaan adalah untuk kesenangan di masa hadapan untuk dinikmati generasi seterusnya).
Kalo nak diikutkan latarbelakang di antara kedua tokoh ini mmg la jauh beza. DSAI mempunyai byk pengalaman lebih-lebih lagi pernah memegang jawatan Menteri Kewangan satu ketika dulu, dan DASC baru beberapa bulan memegang portfolio sebagai Menteri Penerangan.
Namun Mysacred ingin memberi credit kepada Menteri Penerangan ini yang mana beliau begitu berani tampil kehadapan berdebat dengan DSAI untuk menyatakan pendirian kerajaan. Pemikiran yang sempit dan kurangnya pengetahuan membuatkan golongan yang menyokong 100% terhadap segala KENYATAAN dan PERBUATAN yang keluar dari/oleh DSAI ini antara punca mereka menjadi fanatik.
Mungkin ada golongan yang tidak faham dengan fakta-fakta yang dinyatakan oleh DASC kerana golongan ini tidak tahu dan tidak faham mengenai Economy (Mysacred pun bukannya mahir sgt pun tapi penah la blajaq pasai economy ni dulu) tetapi sikap tidak mahu tahu ini menjadi sebab rakyat tidak puas hati terhadap tindakan kerajaan dan seterusnya memPROTES.
Apalah nak jadi dgn rakyat sekarang ini. Yang terpengaruh kebanyakkannya golongan muda yang merupakan pelajar IPT yang tidak berfikir panjang.
MySacredHeart Wrote : Rakyat seharusnya lebih bertanggungjawab untuk meringankan beban yang ditanggung kerajaan dan harus mahu TAHU dan mahu FAHAM tentang kitaran ekonomi pada masa sekarang.

Thursday, July 10, 2008

Popular vs Tanggung Jawab

Sejak kerajaan mengumumkan kenaikkan harga petrol baru-baru ini, segenap lapisan masyarakat masih memperkatakan isu ini. Ada yang memahami tindakan kerajaan ini dan ada yang menyelar. Kebanyakkan yang menyelar adalah golongan yang sengaja mencari isu untuk menjatuhkan kerajaan walaupun mereka sebenarnya tahu kenapa kerajaan berbuat demikian dan golongan ini cuba mengeluarkan dakyah yang tidak benar untuk mempengaruhi golongan yang tidak berpengetahuan tentang kitaran ekonomi dunia. Rakyat harus sedar dengan tindakan kerajaan yang terpaksa berbuat demikian ekoran kenaikan harga minyak dunia. Kerajaan masih lagi mengekalkan pemberian subsidi kepada rakyat bukannya menarik balik subsidi yang diberikan selama ini. Cuba lihat di negara-negara luar yang mengalami kesan kejatuhan yang teruk akibat keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.
Tindakan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) yang mengadakan perhimpunan satu juta rakyat baru-baru ini hanyalah propa semata-mata yang inginkan publisiti murahan. Sama la juga dengan negara Venezuela yang tidak berfikir panjang dan sanggup menjual nama untuk meraih popularitii. Umum mengetahui Venezuela adalah pengeluar minyak utama di dunia yang pada dahulunya mengeluarkan 5 juta tong sehari. Namun pada tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah pengeluaran minyaknya berkurangan sehingga 2.5 juta tong sehari. Negara ini lebih mementingkan populariti dengan memberikan sebanyak mana subsidi kepada rakyatnya sehingga harga minyak hanya bernilai 30 sen seliter. Mungkin cara ini dianggap dapat membantu rakyat Venezuela , namun semuanya berubah apabila negara ini yang tidak mengamalkan Dasar Pertanian dan hanya mengimpot makanan daripada luar negara semakin menjerat leher rakyat sendiri. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya inflasi dan harga makanan menjadi terlalu tinggi sehinggakan rakyatnya tidak mampu untuk menanggung kos sara hidup yang terlalu tinggi. Apalah gunanya populariti, yang merana adalah rakyat sendiri. Renung-renungkanlah.

Pas mahu selesai cara bermoral

Sinar Harian
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Pas, Salahuddin Ayub menegaskan apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim diharapkan dapat diselesaikan secara bermoral dan tidak mencetuskan keluh-kesah di kalangan rakyat dengan terlalu banyak surat-surat akuan bersumpah yang boleh disalahgunakan oleh mana-mana pihak. Beliau juga berharap agar Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin dapat menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja secepat yang mungkin untuk memulihkan keadaan seperti sedia kala. Menjawab pertanyaan wartawan sama ada Pas masih lagi bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau menjelaskan mereka masih memupuk kerjasama dan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Kalau kita percaya pada sistem perundangan hari ini, biarlah sistem yang ada ini dipertegaskan dan saya mengulangi sekali lagi bahawa saya tidak mengizinkan mana-mana kuasa asing untuk masuk campur dalam hal ini,” jelasnya pada media di Lobi Parlimen, semalam. Dalam pada itu, beliau turut menyatakan sekiranya sistem perundangan Malaysia lemah dan tidak berupaya, biarlah rakyat sendiri yang membuat penentuan dan penyelesaian bukannya kuasa asing. “Jadi, saya harapkan dengan adanya Suruhanjaya Siasatan DiRaja ini, kes ini dapat diselesaikan dengan segera. “Sebab saya mengesyorkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menangani kes ini adalah kerana sejarah penubuhan siasatan ini telah menyelesaikan banyak perkara,” jelasnya. Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas lanjut perihal cadangan agar Anwar bermubahalah atau bersumpah, Salahuddin menjelaskan bahawa beban di sebalik bermubahalah itu kepada pihak yang menuduh dan bukannya yang dituduh. Terdahulu, Mufti Perlis, Dr Mohd. Asri Zainul Abidin mencadangkan agar Anwar dan pembantunya yang membuat laporan polis mendakwa dia diliwat oleh Anwar bermubahalah sebagai mencari penyelesaian kepada isu liwat itu yang kini semakin meruncing dan dibicarakan orang ramai. Salahuddin turut meminta agar perkara ini disiasat dan diselesaikan setelus-telusnya. “Sekiranya pihak polis tidak dapat menyelesaikan siasatan itu kerana berkemungkinan melibatkan karenah birokrasi atau hal-hal tertentu, maka sekali lagi, saya rasa perkara yang relevan ialah dengan Penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyelesaikan masalah ini,” jelasnya lagi. Ketika diminta mengulas lanjut mengenai insiden kurang bermoral yang mencemarkan imej PR pada persembahan sempena perhimpunan Protes Sejuta Rakyat di Stadium Kelana Jaya kelmarin, beliau menjelaskan bahawa adegan tercemar itu telah dibantah sekeras-kerasnya. “Bukan Pemuda Pas sahaja yang membantah, sebaliknya semua orang pun merasa terkilan dengan kumpulan Carburator Dung, hanya itu sahaja insiden yang mencemarkan hari tersebut. “Jadi saya rasa untuk meletakkan kesilapan sepenuhnya kepada pihak penganjur adalah tidak adil,” jelas Salahuddin. Beliau menambah akan membuat perbincangan dan bersedia untuk melihat dan mencari muhasabah yang diperlukan agar lebih berhati-hati dengan agenda dan aktiviti yang akan dianjurkan pada masa akan datang.