Thursday, August 21, 2008

Cabar Anwar Bersumpah

Utusan Malaysia
Oleh ABDUL YAZID ALIAS

SHAH ALAM 20 Ogos – Dewan Pemuda Pas Selangor mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melakukan sumpah laknat jika beliau di pihak yang benar.
Ketuanya, Sallehen Mukhyi berkata, ia merupakan langkah terbaik bagi bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk menyelesaikan masalah peribadinya sekali gus membersihkan namanya.
Beliau berkata, semua pihak harus menerima baik sumpah laknat bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang berbuat demikian kerana mahu menjaga nama baik diri dan keluarga.
“Terdapat dua cara untuk menyelesaikan kes ini sama ada pihak penuduh mengemukakan bukti kukuh di mahkamah atau tertuduh (Anwar) sendiri membuat pengakuan.
“Namun, sekiranya Anwar merasakan beliau tidak bersalah, beliau boleh membuat pengakuan di mahkamah ataupun membuat sumpah laknat... terpulang kepadanya,” kata Sallehen ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas desakan pelbagai pihak yang mahu Anwar, calon PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, berhenti mempertikaikan sumpah laknat Mohd. Saiful yang dilafazkan pada 15 Ogos lalu.
Menurut Sallehen, tindakan Mohd. Saiful, 23, itu dapat dilihat sebagai salah satu cara yang membolehkan beliau memberitahu masyarakat bahawa dakwaannya mengenai perbuatan liwat Anwar adalah benar..

mySacredHeart wrote : Berani ke si dia bersumpah??? sama-samalah kita tunggu... berani tegakkan kan kebenaran ke ataupun berani menyanggah kebenaran..wallahualam

Wednesday, August 20, 2008

Sumpah Saiful Bukhari Azlan


(Mohd Saiful Bukhari Azlan disamping ayahnya)


“Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan Nombor Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut.
"A'uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya. "
“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah S.W.T sehingga ke kiamat. Wallahualam."

Lafaz sumpah ini dilafazkan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Dewan Solat Utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada jam 6.30 petang, 15 Ogos 2008.


mySacRedHeart wrote : Siapakah boleh mempertikaikan lafaz sumpah yang dibuat Saiful Bukhari Azlan ini? Mampukah dan beranikah kita melafazkan sumpah sebegini dan akan dilaknat jika ianya tidak benar? Adakah kita masih lagi tidak mempercayainya?? pikirlah sendiri..

Friday, August 15, 2008

Kemarahan Pelajar UiTM Semakin Memuncak


Uitm Dihatiku !

Utusan Melayu

KUALA LUMPUR - Kemarahan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) ekoran isu membuka institusi itu kepada pelajar bukan bumiputera terus memuncak apabila lebih 20,000 lagi pelajar mengadakan bantahan di seluruh negara.

Rata-rata pelajar dari enam kampus cawangan UiTM di beberapa negeri di Semenanjung kesal dengan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana sanggup mengemukakan syor itu yang dianggap menjual maruah bangsa di tanah air sendiri.

DI IPOH, 9,812 pelajar dari kampus UiTM Seri Iskandar di sini berarak ke bangunan pentadbiran untuk menyampaikan memorandum bantahan yang ditandatangani mereka kepada Pengarah Kampus, Prof. Dr. Abdullah Mohamad Said.

Memorandum itu akan disampaikan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaludin, esok.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Seri Iskandar, Abdul Qaiyum Abdul Razak ketika ditemui pemberita menegaskan:

''Kalau Khalid tidak tarik balik kenyataan beliau, semua warga UiTM akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Shah Alam.

''Kami orang Melayu akan terus mempertahankan hak kami walaupun terpaksa menggadaikan nyawa. Jangan bermain api dengan hak orang Melayu."

DI ARAU, 5,000 pelajar dari kampus UiTM di sini berhimpun secara aman diketuai Naib Yang Dipertua MPP UiTM Perlis, Ahmad Faiq Ahmad Fuat.

Ahmad Faiq berkata, pihaknya akan menyerahkan memorandum ditandatangani oleh pelajar universiti itu kepada Pengarah Kampus UiTM Perlis sebelum diserahkan pula kepada Naib Canselor UiTM.

"UiTM sahaja yang kita (orang Melayu) ada untuk dibanggakan. Kita seharusnya berusaha untuk mempertahankan apa yang kita miliki, bukan menjahanamkannya pula," katanya ketika ditemui selepas perhimpunan berakhir.

DI BANDAR JENGKA, 3,000 pelajar UiTM cawangan Pahang diketuai oleh Yang Dipertua MPP UiTM negeri, Mohd. Shafie Absari berarak membantah cadangan Abdul Khalid yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa.

''Kami kesal Menteri Besar berbangsa Melayu ini sanggup bertindak sebagai ejen pihak lain dalam usaha menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di universiti ini,'' tegasnya.

Mereka menyerahkan nota dan tandatangan bantahan kepada Pengarah Kampus UiTM Pahang, Prof. Madya Hilmi Ab. Rahman untuk disampaikan kepada Abdul Khalid.

DI MELAKA, lebih 2,000 pelajar UiTM cawangan Lendu mengadakan perhimpunan serupa diketuai Yang Dipertua MPP kampus, Mohd. Lokman Hakim Hamidon.

''UiTM tembok pertahanan untuk Melayu,'' katanya ketika ditemui selepas perhimpunan.

Perhimpunan berakhir selepas Mohd. Lokman menyerahkan memorandum yang ditandatangani oleh pelajar kepada Pengarah Kampus tersebut, Prof. Madya Dr. Mizan Hitam. Perhimpunan bersurai kira-kira sejam kemudian.

DI SUNGAI PETANI, Kedah, 700 pelajar UiTM cawangan Merbok, mengadakan perhimpunan secara aman di Dataran Ilmu diketuai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Kedah, Mohd. Nor Syafiq Abdul Majid.

Pada perhimpunan tersebut, MPP UiTM Kedah turut menyerahkan memorandum yang ditandatangani oleh pelajar kepada Pengarah Kampus, Profesor Madya Dr. Zaliha Hussin untuk dipanjangkan kepada pihak pengurusan.

DI KUALA TERENGGANU, lebih 500 pelajar UiTM di sini turut mengadakan demonstrasi diketuai Yang Dipertua MPP, Mohamad Asri Mohamad Yusoff.

''Abdul Khalid cuba membuka ruang kepada bukan bumiputera mencerobohi institut pengajian tinggi yang ditubuhkan kerajaan untuk golongan bumiputera,'' katanya.

Kelmarin, lebih 5,000 pelajar UiTM di kampus induknya di Shah Alam mengadakan demonstrasi secara aman, diikuti 5,000 pelajar UiTM cawangan Machang, Kelantan.

MysacRedHeart wrote : MB Selangor sudah 'panas' dengan isu ini..apalagi alasannya lepas nie.. sebelum ni media dipersalahkan pulak..sekarang sumer orang dah tahu sape yang betul2 kaca dan permata...kita tengok apa kesudahannya nanti. Jangan sampai rakyat terseksa dan merana sudah..

Thursday, August 14, 2008

Uitm : Khalid Enggan Mohon Maaf

Utusan Melayu
SHAH ALAM 13 Ogos – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan memohon maaf kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) berikutan cadangannya supaya universiti itu membuka 10 peratus kemasukan pelajar kepada penuntut bukan bumiputera dan asing.
Katanya, beliau tidak akan memohon maaf kerana berpendirian cadangan yang dikemukakannya itu bukan untuk mempersoalkan hak istimewa bumiputera dan penubuhan UiTM.
Sebaliknya, ia merupakan pandangan daripada kerajaan negeri bagi mempertingkatkan mutu dan kualiti pendidikan tinggi termasuklah di UiTM selain mahu membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada pelajar Melayu serta bumiputera Sabah dan Sarawak.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini, Abdul Khalid menyalahkan pihak tertentu termasuk media yang dituduhnya sengaja “mencetuskan perkara itu yang menjurus kepada isu perkauman”.
“Kita bukan hendak minta maaf tetapi hanya untuk menerangkan perkara ini. Saya tidak bermaksud untuk mempertikaikan hak orang Melayu dan bumiputera lain serta tujuan UiTM ditubuhkan di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
“Oleh itu, saya harap isu ini tidak lagi dipanjangkan dan UiTM tidak perlu lagi menumpukan kepada isu kuota ini tetapi memberi fokus kepada usaha meningkatkan taraf dan kemudahannya untuk menjadi sebuah universiti yang disegani,” ujar beliau.
MysacRedHeart Wrote : Tak payah nak mintak maaf, kalo mintak maaf pun belum tentu akan ada orang sanggup maafkan kalo tak ikhlas kan??? Tak payah nak putar belitkan cerita dan salahkan media pulak untuk menutup kesalahan sendiri. Masyarakat pun sekarang ni dah nampak kebenarannya..berani kerana benar, takut kerana salah.. (golongan Yang tak berani kerana benar pun ade)..

Wednesday, August 13, 2008

Pelajar UiTM berarak protes - Serah memorandum bantah keras cadangan Menteri Besar Selangor


Utusan Melayu
Oleh AZIAN AZI
Z
SHAH ALAM 12 Ogos – Lebih 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berarak sejauh dua kilometer di sini hari ini untuk membantah keras cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar universiti itu dibuka kepada bukan bumiputera.

Kumpulan pelajar itu yang sebahagian besarnya memakai kemeja-T berwarna hitam mula berkumpul di Dataran Shah Alam pada pukul 9 pagi sebelum berarak sambil memegang sepanduk menuju ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Sebaik tiba di luar pagar utama bangunan SUK yang menempatkan pejabat Abdul Khalid, mereka berdemonstrasi selama sejam.

Di samping menyanyikan lagu rasmi UiTM, mereka turut mengangkat sepanduk, antaranya bertulis ‘Jangan rampas hak kami’ dan ‘Selamatkan UiTM’.

Perhimpunan itu berakhir selepas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Luqmannulhakim Mohamad Idris yang mengetuai perhimpunan menyerahkan memorandum tujuh muka surat kepada pegawai SUK, Hasril Abu Hassan untuk disampaikan kepada Menteri Besar Selangor.

Luqmannulhakim ketika ditemui pemberita berkata, kandungan memorandum itu merakamkan rasa kesal para pelajar UiTM terhadap cadangan Menteri Besar kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas itu.

Menurut beliau, memorandum tersebut turut menyatakan wujud unsur politik dalam cadangan yang dikemukakan oleh Abdul Khalid.

Para pelajar UiTM meminta kerajaan negeri tidak lagi membincangkan cadangan tersebut sekiranya ia bertujuan semata-mata untuk meraih undi pelbagai kaum.

“Janganlah dipolitikkan UiTM kerana penubuhan universiti ini telah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk bumiputera demi membantu menaikkan taraf ekonomi mereka,” katanya.

MysacRedHeart wrote : Dgr citer MB Sgor xder maser dorg bagi memorandum tue..dia p maner ek..takut ke nk face2face ngan bebudak uitm tue ..yg peliknyer kt Wilayah leh sibuk2 interfere psl isu Draft Plan kt Kg Baru tu tapi kt negeri cndiri x nampak muka pung...aderla tue projek ngan Teressa kot..macam2 yg berlaku skg nie..yg Melayu makin nk menjatuhkn Melayu bukan nk mempertahankn bangsa cndiri. Mysacred sedih dgn bende2 cm nie..n sometimes rase cm takut pun ader, takut satu hari nnti org Melayu lenyap di bumi cndiri..


Monday, August 11, 2008

Uitm untuk bukan Bumiputera

Khalid setuju UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera


Berita Harian

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setuju Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang ditubuhkan untuk melahirkan lebih ramai profesional Bumiputera khususnya Melayu, dibuka kepada bukan Bumiputera.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya sekurang-kurangnya 10 peratus kuota kemasukkan pelajar baru ke UiTM setiap tahun diperuntukkan kepada bukan Bumiputera dan pelajar antarabangsa.

Abdul Khalid berkata, langkah itu bersesuaian dengan perubahan dunia pendidikan di negara ini selain pendedahan awal kepada pelajar UiTM supaya lebih mesra dengan kaum lain.

"UiTM diwujudkan untuk meningkatkan pembabitan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam bidang pendidikan dan usaha ini perlu diteruskan.

"Bagaimanapun, UiTM perlu lebih bersikap global untuk memastikan siswazah UiTM lebih mesra dengan masyarakat berbilang kaum di negara ini," katanya selepas melepaskan peserta Larian Shah Alam-Adidas King of The Road 2008 di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, beliau setuju dengan pandangan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, yang berpendapat tidak salah bagi UiTM dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera.

Abdul Khalid diminta mengulas laporan yang mendakwa ada cubaan pihak tertentu yang mengajak pengurusan tertinggi UiTM berbincang bagi membuka peluang kepada bukan Bumiputera memasuki universiti itu.

Pendedahan itu dibuat beberapa bekas pelajar dan ahli Pemuda Umno Shah Alam minggu lalu yang mendakwa adanya usaha mengajak pihak UiTM berbincang secara tertutup cadangan membawa masuk bukan Bumiputera ke UiTM.

mySacRedHeart wrote : Kalo dah bagi 10% utk non bumi apa keistimewaan jadi bumiputera ni.. dah tak ader beza lagi dah..berlambak lagi IPTA kat Msia ni yang open kat sume kaum..tapi jgn la sampai kacau uitm yg mmg khas ditubuhkan utk org melayu dan bumiputera Sabah/Sarawak..nak bersikap global pun tapi janganlah sampai 'maruah dan identiti' tergadai..Walaupun ianya hanyalah cadangan tapi ianya tidak harus dipandang ringan. Jangan jadi Melayu di luaran sahaja tapi di hati kosong...

p/s : Igt lagi dulu Uitm hanyalah ITM...yg maintain menara je la..

Uitm di hatiku

Monday, August 4, 2008

Aduhai Permatang Pauh

Piliharaya datang lagi, kali ini pilihanraya kecil akan diadakan di Permatang Pauh. Pakatan Rapuh yang diwakili oleh DSAI telah menamakan diri sendiri sebagai calon untuk bertanding di kawasan tersebut.. BN belum lagi umum siapakah calon yang layak bertanding. Sama-samalah kita tunggu masa penamaan calon nanti ek. DSAI memilih tempat sendiri utk bertanding. Kenapa tidak di BTR atau di L.Pantai?? Ada juga pendapat mengatakan dia ingin bertanding supaya ianya mengalih perhatian umum berkaitan kes liwat yg sedang dihadapinya skg...ermm entahla.. Kenapa tidak dari dulu lagi. Mungkinkah ada muslihat disebaliknya...jeng jeng jeng. Kita tengok dan lihat bagaimana kesudahannya nanti..Kawan-kawan di Utara berdebar2 menanti pilihanraya kecil ini...adakah DSAI akan berjaya atau kecundang?? Aduhai Permatang Pauh tunggu saja kami datang..

'Dari jauh kami datang
Membawa kasih sejuta harapan
Dulu Ijok kini Permatang
Jangan diulang kesilapan'

mySacredHeart wrote : tak penah g permatang pauh pung, paling jauh pun Kulim !!