Wednesday, October 15, 2008

HINDRAF DIHARAMKAN

Malaysiakini
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini mengisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang. Pengisytiharan itu diwartakan berkuatkuasa hari ini setelah berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak, katanya dalam satu kenyataan.
"Berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), diisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang," katanya dalam laporan Bernama. Beliau berkata perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri mengenai kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang.
Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia.Syed Hamid berkata sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum.
"Tindakan pengharaman yang diambil bukannya berasaskan kepada satu atau dua kegiatan pertubuhan yang menyalahi peraturan dan undang-undang tetapi meliputi rentetan semua kegiatan dan aktiviti yang telah dilakukan sejak pertubuhan ini diwujudkan," katanya.
Syed Hamid berkata Hindraf mempunyai ciri-ciri sebagai sebuah pertubuhan kerana telah mengemukakan permohonan pendaftaran pada 16 Oktober tahun lalu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Permohonan itu, katanya, belum diluluskan tetapi pertubuhan tersebut telah bergerak aktif dengan menganjurkan beberapa perhimpunan awam dan demontrasi tanpa permit dan mengeksplotasi isu-isu perkauman sehingga mencetuskan kebangkitan penentangan sebahagian keturunan India terhadap kerajaan dan menimbulkan kebencian di antara orang-orang Melayu dan India di negara ini.
"Hindraf juga telah berusaha mendapatkan sokongan dari negara asing bagi memberi tekanan kepada kerajaan supaya tunduk kepada tuntutan-tuntutan mereka. Kegiatan dan aktiviti ini telah memberi kesan buruk pada imej negara," katanya. Syed Hamid menasihati orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam apa cara sekalipun dalam kegiatan Hindraf yang diharamkan itu.

mysacRedHeart wrote : Akhirnya pengharaman ini telah diwartakan oleh cabinet. Hindraf memang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam. Orang ramai diharap tidak melibatkan diri dengan kegiatan Hindraf yang hanya membawa kepada kekacauan dan kemusnahan dalam negara. Arap-arap Lepas ni xdelah lagi Perhimpunan rose dan Perhimpunan lilin kat dataran tue..


Saturday, October 11, 2008

METROJAYA WAREHOUSE SALE

Guyz,,
Metrojaya Warehouse Sale will be held from 23rd Oct till 27Oct 2008 at Stadium Melawati Shah Alam
Discounts Up To 70%
Some of the Brands Offered
East India Company, Somerset Bay , Reject Shop, Renoma, Alain Delon, Smalto, Goggles
Men’s Shoes, Accessories, Poney, Disney, Bandai, Takara-tom,Novelle, Niki Cains, Jean Perry, Riccardo...
Cosmetics: Loreal, Revlon, Silky Girl, International Branded Fragrances...
Electrical Items : Cooker, Blender, Hair Dryer, Vacuum Cleaner, Chocolate Fountain, Pie Maker, Mini Oven and more…

BLUEBERRY CHEESE TART

Yummy yummy yummy...dat day maser g braye mkn bluberry cheese tart. Sedap betul kalah 'Secret Recipe' nyer..ada la somebody tue makan tart ni sampai tak ingat kt orang..alih-alih dah abis..heheh.. dulu-dulu penah wat gak tapi tak tau la recipe letak kt ner dah ilang..almaklumlah baru pindah..xperlah nnti dh jumper i will share ngan u all..adios amigos!

Thursday, October 9, 2008

Projek Damansara 21 Boleh Diteruskan

Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR : Pemaju projek Damansara 21 di Bukit Damansara, SDB Damansara Sdn. Bhd. memaklumkan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menarik balik arahan berhenti kerja yang dikeluarkan pada April lalu.
Dengan keputusan itu, SDB kini boleh meneruskan kerja-kerja pembangunan yang telah dirancangkan di kawasan itu, yang sebelum ini mendapat bantahan daripada penduduk sekitar berhubung tahap keselamatan cerun di kawasan projek itu.
Pengarah Urusan SDB Damansara, Teh Lip Kim berkata, kelulusan itu membolehkan SDB meneruskan perancangan untuk meningkatkan tahap keselamatan cerun dan menyempurnakan pembangunan projek tersebut.
Menurutnya, kawasan untuk projek Damansara 21 telah diperoleh pada 2005, bersekali dengan Arahan Pembangunan (DO) dan Pelan Bangunan untuk 25 unit banglo dan sebuah rumah kelab.
Katanya lagi, selepas tanah itu dibeli, konsep pembangunan itu telah dirombak dan kepadatannya telah dikurangkan kepada hanya 21 unit.
Sebelum bermulanya projek itu, kata beliau, SDB telah mematuhi kesemua proses ketat untuk memastikan kesemua kelulusan dipenuhi sebelum menjalankan kerja-kerja di tapak.
Beli
"Kami telah membeli tanah itu dengan DO asalnya sekali dan juga telah mematuhi kelulusan yang diberikan oleh kesemua 16 jabatan dan agensi di bawah pemerhatian sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan," tambahnya.
Katanya, antara jabatan yang dimaksudkan ialah Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan, Pusat Penyelidikan Tanah Runtuh Negara dan Jabatan Pengairan dan Saliran.
Menurutnya, kelulusan dan maklum balas daripada kesemua jabatan itu diperoleh dalam tempoh 20 bulan.
Selepas itu, DO yang telah diperbaiki itu diluluskan dan diserahkan kepada DBKL pada Februari 2007, ujarnya.
SDB, katanya, maklum bahawa sebilangan penduduk di kawasan sekitar telah menyuarakan bantahan mereka mengenai projek itu dan syarikatnya telah melayan semua pihak termasuk penduduk dan pihak berkuasa secara terbuka dan telus.
Mengenai penyiasatan Badan Pencegah Rasuah berhubung laporan yang dibuat oleh penduduk Medan Damansara, Lip Kim menegaskan bahawa pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti yang telah diamalkannya dengan pihak berkuasa tempatan, negeri dan Persekutuan sebelum ini.
"Jemputan terbuka kami kepada penduduk untuk datang dan menyaksikan sendiri dokumen kelulusan dan pelan pembangunan serta menghadiri mesyuarat tapak mingguan kami adalah bukti tentang ketelusan yang kami amalkan.
"Tiada apa-apa yang hendak kami sembunyikan kerana kami yakin proses dan prosedur kami telah mematuhi syarat," tegasnya.
mysacRedHeart wrote : harap lepas nie xder lagi kes2 tanah runtuh kat kawasan nie. Pembangunan itu perlu namun jgn diabaikan keselamatan penduduk dan alam sekitar. Harap Pihak Berkuasa Tempatan tidak mengabaikan kesemua aspek ini sebelum meluluskan sesuatu projek..