Friday, March 27, 2009

Tahniah, Datuk Ahmad Shabery Cheek !

Tahniah kepada yang berjaya dalam pemilihan UMNO semalam yang menyaksikan ramai muka2 baru yang bersih. Adakah selepas ini rombakan besar besaran akan berlaku pada kabinet? semuanya terpulang kepada Datuk Seri Najib... Negeri Terengganu turut mempunyai wakil Majlis Tertinggi iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek (1377 undi) dan Datuk Seri Idris Jusoh (1275 undi).
Syabas diucapkan kepada Menteri Penerangan Malaysia yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman kerana berjaya dalam pemilihan kali ini. Semoga perubahan yang besar ini dapat mengembalikan semula kedaulatan UMNO yang menjadi tunjang kekuatan org melayu...mysacred mengharapkan agar pelapis2 muda dapat di latih dan diberi pengalaman dahulu sebelum diberi jawatan tertinggi supaya lebih bersedia utk memimpin negara kelak...para perwakilan telah bijak membuat keputusan yang rasional...

Friday, March 20, 2009

Hormati Keputusan Lembaga Disiplin

Segala keputusan Lembaga Disiplin Umno harus dihormati oleh semua pihak walaupun terdapat pihak yang merasakan keputusan itu boleh dirayu, kata ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim."Jika tidak dilaksanakan prinsip tersebut (berpegang kepada keputusan), kedudukan Umno pada masa depan akan dikhuatiri oleh pelbagai pihak sebagai suatu badan yang tidak mahu akur pada keputusannya sendiri walau apapun kepentingan yang telah terjejas dari pelbagai aspek dan kepentingan," katanya.Menteri Luar itu berkata apabila sesuatu keputusan diambil lembaga itu, adalah lumrah ramai ahli menzahirkan pelbagai reaksi pandangan dan pendapat.Katanya, MT tidak boleh dianggap sebagai mahkamah rayuan sedangkan fungsi keseluruhannya telah diberikan kepada lembaga berkenaan untuk menentukan prinsip-prinsip siasatan, fakta dan juga peruntukan di bawah perkara 10 (1), 10 (2) dan 10 (3) etika berkenaan."Rayuan memang boleh dibuat tetapi terserah kepada MT untuk membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Cek kepada Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan untuk program Bantuan Kemanusiaan kepada Rakyat Palestin di sini Khamis.Selasa lepas, Lembaga Disiplin Umno mengumumkan 15 daripada 29 ahli UMNO yang disiasat pihaknya didapati bersalah dengan kebanyakannya berkaitan dengan amalan politik wang.Antara yang menarik ialah apabila Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam didapati bersalah di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno dan dilarang daripada bertanding atau terpilih sebagai Timbalan Presiden UMNO.Ali, yang juga Naib Presiden Umno, berkata beliau telah membuat rayuan berhubung keputusan itu."Bagaimanapun, soal fakta akan tetap berada di dalam Lembaga Disiplin untuk memutuskan kerana soal berkenaan adalah soal yang berhadapan keadilan sosial dan politik yang dihadapi oleh Umno," kata Rais.

Saturday, March 7, 2009

Tengku Adnan nafi campuri siasatan SPRM kes Setpol Menteri

Agenda Daily
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor percaya ada pihak sengaja ingin memburuk-burukkannya dan parti dengan penyebaran cerita kononnya beliau mencampuri urusan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes politik wang seorang Setpol Menteri. Sambil menafikan cerita itu, Tengku Adnan berkata, pihak terbabit mungkin menggunakan nama Setiausaha Agung sebagai manipulasi utama mengaburi kebenaran. Berdasarkan cerita yang tersebar,Setiausaha Agung UMNO itu dikatakan menghubungi pegawai atasan dalam SPRM berkaitan penahanan setiausaha politik menteri terbabit atas tuduhan menerima suapan sehingga RM70,000. Tengku Adnan menafikan membuat panggilan tersebut malah tidak mencampuri urusan dalam SPRM sama ada menahan atau menyiasat ahli-ahli parti termasuklah pembantu kepada Menteri sekali pun. UMNO katanya tidak akan campur tangan dalam urusan berkaitan pelaksanaan tugas dan siasatan yang dilakukan oleh SPRM walaupun dikatakan melibatkan sejumlah kes adalah dari kalangan ahli UMNO..

Wednesday, March 4, 2009

Sidang terbuka di luar Dewan jatuhkan maruah institusi

Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang diadakan di bawah pokok hari ini telah menjatuhkan maruah institusi negara dan negeri yang rakyat warisi selama ini.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pakatan pembangkang akan bertindak dalam apa cara sekalipun, asalkan dapat berkuasa untuk memerintah negeri Perak.
"Tetapi saya percaya rakyat sudah muak dengan politik yang tidak habis-habis ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib pula menyifatkan tindakan pakatan pembangkang itu sebagai kerja gila.
"Perbuatan itu umpama orang pada zaman jahiliah yang bertindak seperti orang yang tidak siuman dan tidak boleh berfikir panjang.
"Tindakan mereka itu sebenarnya tidak berpandukan kepada Perlembagaan dan peraturan yang telah ditetapkan," katanya.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tindakan kumpulan ADUN itu memperlihatkan pakatan pembangkang cuba melaksanakan undang-undang rimba.
Katanya, pembangkang kini sudah mula menunjukkan siapa diri mereka sebenar kepada rakyat dengan menghalalkan apa sahaja asalkan dapat memerintah.
"Tidak pernah dalam sejarah DUN bersidang di bawah pokok dan ia seperti sebuah negara yang tidak bertamadun," katanya.
Sementara Majlis Peguam menyifatkan persidangan yang diadakan di bawah pokok tidak pernah berlaku dan tidak terdapat dalam Peraturan Mesyuarat.
Presidennya, Datuk S. Ambiga berkata, timbul persoalan sama ada sidang tergempar itu boleh dijalankan di luar bangunan kerajaan negeri atau tidak.
Jelasnya, ini kerana krisis politik di Perak itu tidak pernah berlaku dan melibatkan isu undang-undang yang kompleks.
"Amat sukar untuk membuat kesimpulan atau memberi pandangan muktamad mengenainya namun beberapa perkara boleh diperjelaskan secara prinsipnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.