Tuesday, April 13, 2010

PENGERUSI BARISAN NASIONAL SEGAMBUT


Jayanthi Devi Balaguru dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional Segambut. Jayanthi merupakan Setiauasaha Wanita Parti Gerakan Malaysia. Beliau juga merupakan Pengerusi Wanita Gerakan Wilayah Persekutuan. Mysacred difahamkan bahawa beliau adalah seorang peguam... Adakah beliau bakal menjadi calon BN selepas ini? sama-sama kita nantikan


Tuesday, March 30, 2010

Apakah Langkah MCA seterusnya????

Selepas mengalami pergolakan selama 18 bulan di bawah kepimpinan Datuk Seri Ong Tee Keat yang akhirnya bertukar menjadi krisis, kepimpinan baru di bawah Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kini menerajui selepas pemilihan parti pada Ahad.Berikutan mandat yang diberikan perwakilan untuk memimpin parti, persoalan yang terus berlegar ialah sama ada pemilihan baru itu mampu menyelesaikan semua kemelut itu dan sama ada anggota parti akan berdamai dan bersatu selepas sekian lama berlakunya politik berpuak-puak.
Dr Chua menewaskan dua lawannya bagi jawatan nombor satu parti -- penyandang dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dengan 323 undi dan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting, yang cuba membuat kemunculan semula tetapi ditewaskan dengan hanya 68 undi.Anggota dan perwakilan pusat parti telah menyuarakan harapan agar pemilihan baru itu akan menamatkan krisis parti, dan semua mata kini tertumpu kepada Dr Chua iaitu sama ada beliau mampu melakukan semua itu selepas menang dengan hanya 38 peratus undi berbanding dengan 62 peratus yang tidak menyokongnya."Kira-kira 24 peratus masih bersama Tee Keat manakala 38 peratus lagi bersama dengan Ka Ting.
Pada asasnya, di atas kertas apa yang MCA ada adalah presiden minoriti kerana beliau tidak memperoleh 50 peratus atau lebih undi."Ini bukan tugas mudah tetapi untuk berlaku adil kepada Dr Chua, ini membabitkan pertandingan tiga penjuru dengan semua calon mempunyai peluang untuk melakukan kejutan dalam pemilihan ini," menurut orang dalaman parti.Dr Chua juga perlu bekerjasama dengan timbalannya yang baru dipilih, Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang secara terbuka menyokong Ka Ting, dan gabungan naib presiden dan jawatankuasa pusat (CC) yang mewakili semua puak.Hanya dua daripada empat naib presiden -- Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Datuk Donald Lim Siang Chai -- menyokong Dr Chua, manakala Datuk Chor Chee Heung dikatakan orang Ka Ting dan Gan Peng Sieu pula orang Tee Keat.Bagi CC, ia menggabungkan ketiga-tiga puak, dengan sekurang-kurangya 12 daripada mereka dikatakan menyokong Ka Ting, lapan menyokong Dr Chua manakala lima lagi orang Tee Keat.
Antara yang dipilih semula ialah adik Ka Ting, Ka Chuan, yang tewas kepada Dr Chua bagi jawatan Nombor 2 pada pemilihan parti 2008.Bukan itu sahaja, kesemua tiga lagi pemegang jawatan parti sekarang -- Datuk Wong Foon Meng (setiausaha agung), Tan Sri Tee Hock Seng (bendahari agung) dan Simon Lim (setiausaha penganjur) -- dilantik oleh Tee Keat.Selain itu, Dr Chua juga perlu berdepan dengan Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun, penyokong kuat Ka Ting manakala Ketua Pemuda Datuk Dr Wee Ka Siong dilihat bersikap terbuka terhadap Dr Chua walaupun beliau orang Liow.Bagaimanapun, anggota CC Datuk Chong Itt Chew, sekutu Dr Chua, yakin Dr Chua mampu menyatukan parti "selagi presiden cukup sensitif untuk mengendalikan situasi dalam parti"."Beliau perlu adil kepada setiap orang. Pastikan parti mempunyai hala tuju.
Terdapat juga keperluan bagi parti meningkatkan disiplin. Anda tidak boleh sesuka hati "ketuk" sana sini," katanya.Peng Sieu pula berkata kepimpinan baru tidak mempunyai banyak pilihan selain bekerjasama sebagai satu pasukan tanpa mengira mereka dari puak yang mana."Perwakilan pusat telah menolak "cai tan". Mereka memilih pasukan baru yang terdiri daripada pemimpin dari semua puak dan menghantar isyarat yang jelas iaitu mereka perlu bekerjasama."Para perwakilan boleh sahaja mengundi mengikut senarai jika mereka mahu pasukan mereka dipilih, tetapi keputusannya jelas menunjukkan yang mereka tidak mahu berbuat begitu. Sebaliknya mereka memilih pemimpin dari puak berlainan," kata naib presiden yang baru dipilih itu.
Liow pula berkata apa yang parti amat perlukan sekarang ialah untuk terus bergerak dan memulihkan kredibilitinya berikutan para perwakilan telah membuat keputusan."Perlu ingat bahawa para perwakilan telah mengundi kami untuk menyelamatkan parti. Kami patut memenuhi aspirasi kami. Sepatutnya tidak wujud lagi pertelingkahan dan sebaliknya perlu merapatkan barisan dan bersatu," kata Timbalan Presiden yang baru dipilih itu kepada Bernama hari Isnin.Selain daripada mengendalikan urusan utama parti, langkah segera Dr Chua juga mungkin membabitkan mencalonkan nama bagi jawatan Kabinet persekutuan ekoran wujud spekulasi akan berlaku rombakan kecil pada April.
Sekiranya itu berlaku, apa yang akan berlaku kepada Tee Keat pada ketika itu dan juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha yang tewas kepada Liow bagi jawatan timbalan presiden.Sekiranya Dr Chua memutuskan untuk menggantikan mereka, siapa yang akan diberikan dua jawatan menteri itu berikutan hanya Dr Ng merupakan menteri Kabinet di kalangan empat naib presiden.Mungkin Chor dan Donald Lim, tetapi wujud cakap-cakap yang Tee Keat dan Cho Ha mungkin dikekalkan sehingga pilihan raya umum akan datang, dengan Cho Ha dilantik sebagai setiausaha agung yang baru.Keputusan pemilihan itu telah mencetuskan pelbagai perasaan di kalangan masyarakat Cina.
Ujian getir pertama bagi barisan kepimpinan baru ialah pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor akan datang di mana 26 peratus daripada 60,000 pemilih berdaftar di kawasan itu ialah kaum Cina.Sementara beberapa pemimpin parti percaya pemilihan semalam akan dapat menyelesaikan banyak daripada masalah parti, bagaimanapun penganalisis dan pemerhati politik berpendapat parti kedua terbesar dalam Barisan Nasional itu masih belum terlepas daripada bahaya.

Sunday, January 24, 2010

Mustapa Minta Ketepikan Sentimen Politik Dalam Rundingan Wang Ihsan

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta Kerajaan Kelantan mengenepikan sentimen politik dalam rundingan pemberian wang ihsan demi kepentingan dan kebajikan rakyat.Beliau berkata pemimpin PAS tidak harus mengamalkan konfrantasi politik berterusan tanpa mengira masa.
"Yang penting rakyat mendapat faedah dalam bentuk apa sekalipun," katanya kepada pemberita pada majlis penutup pertandingan boling Jabatan Pembangunan Persekutuan, di sini hari Ahad.Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menolak tawaran Kerajaan Pusat menyertai jawatankuasa rundingan pemberian wang ihsan yang akan diagih kepada rakyat dalam masa terdekat.
Mustapa berkata pemimpin politik perlu menggunakan pendekatan yang positif dalam menangani isu itu demi kepentingan rakyat.Tujuan kerajaan menjemput wakil kerajaan negeri menyertai jawatankuasa pengagihan wang ihsan itu memunjukan sikap terbuka Kerajaan Pusat demi untuk kepentingan rakyat negeri ini, katanya.
BERNAMA

Saturday, August 1, 2009

PERHIMPUNAN GERAKAN MANSUHKAN ISA




mysacred sempat jugak tgk perhimpunan tadi kt jln tar tu sampai la ke raja laut...hish bukan nyer menyusahkan org2 lain yg tak berkaitan tapi jugak meyusahkan dan merugikan peniaga2 sekitar kawasan tersebut...org2 yg dtg dari jauh lagi kesian, niat nk shopping b4 pose tpi sebab bende ni pulang ngan tgn kosong hampa...mesti menyumpah sakan...yg peliknya bukannye ramai sgt pun org, yg ramainya reporter, mat pakistan/indon/bangla, mat saleh pun ader dicampur dgn org2 awam yg tak terlibat (sibuk nk tgk jer) dan mat rempit...yg pakai bju merah ISA tue pun x seberapa..havoc jer lebih..dorang ni mmg xder keje kot buat bende2 yg x bfaedah cmnie, pagi2 dh sibuk bkumpul... cuber buat aktiviti yg lebih sihat ckit, g bsenam ke bjogging ker ni tak, yg dorg suker kene sembur ngan polis sambil lari2, mcm sajer jer nak bseronok..x paham la ngan dorg nie...mysacred pun xpasai2 kene sembuq jugak....basah satu badan!!! tgk la gambaq2 yg sempat mysacred ambil tadi..







Tuesday, June 23, 2009

SRJK(T) Punya Hanya Seorang Murid

Bernama

Kisahnya semacam mustahil. Tetapi inilah hakikatnya: Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sungai Timah dekat Teluk Intan menempatkan seorang pelajar Tahun 6 iaitu K. Humah, seorang guru besar, seorang guru akademik, dan seorang guru sandaran.Ketika ditanya, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak akan menutup sekolah itu walaupun ia hanya mempunyai seorang murid.Beliau berkata kerajaan akan terus membiarkan sekolah dibuka walaupun terpaksa menempatkan 10 guru untuk mengajar seorang murid.Muhyiddin berkata dasar tersebut menunjukkan betapa baiknya kerajaan sedia ada.
"Jika boleh, pergilah ke sekolah lain tetapi kita tidak akan tutup. Nanti ada masalah politik," katanya.Keputusan untuk menutup sekolah terpulang kepada budibicara guru besar, kata Muhyiddin kepada para pemberita selepas makan tengah hari bersama diplomat yang menghadiri Persidangan Ketua-ketua Perwakilan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini Selasa.

Friday, May 15, 2009

Kisah Benar Seorang Tan Sri

hye sumer, dah lama rasanya x update blog nie...oklah entry kali ni mysacred nak share ngan kawan2 pasal kisah seorang Tan Sri yang mysacred dapat melalui email...sama2 kita renung2 kan :
Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan.. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,
Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.
Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?
Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun.. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.
Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.
Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.
Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?
Tan Sri: ............. ......... ......... ........ ........
Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan. Pendapat anda?

Thursday, April 9, 2009

Senarai Penuh Anggota Kabinet Malaysia 2009

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T Murugiah

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan:1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan:
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Ng Yen Yen
Timbalan:
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan:Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:
Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan:Datuk M Saravanan