Monday, November 21, 2011

Alia Magda Elmahdy "fan a’ry" : MasyAllah

Alia yg bangga kehilangan dara dlm usia 18 tahun

mynewshub.my: Kaherah – Sejak bergambar bogel dalam internet, nama bloger dari Mesir yang juga bekas penuntut universiti berusia 20 tahun, Aliaa Magda Elmahdy terus menjadi sebutan bukan sahaja di Asia Barat malah hingga ke peringkat antarabangsa yang terkejut dengan keberaniannya berbuat demikian.

Selain menerima kecaman dan makian, twitter milik gadis berkenaan telah dikunjungi lebih sejuta kali sementara jumlah pengikutnya pula meningkat dengan mendadak dari hanya beberapa ratus kepada 14,000 orang.

Tindakan beraninya yang tidak bermaruah itu terutama bagi gadis yang dibesarkan di sebuah negara konservatif Islam turut mendapat liputan media antarabangsa.

Aliaa yang menyifatkan dirinya sebagai tidak beragama, telah menetap bersama teman lelakinya, Kareem Amer sejak lima bulan lalu.

Kareem, pada 2006 telah dipenjarakan selama 4 tahun kerana mengkritik Islam dan memfitnah bekas Presiden Hosni Mubarak.

Dalam temubualnya dengan CNN, Aliaa memaklumkan dia bersetuju bergambar bogel dan memuatnaik dalam twitternya kerana dia tidak mahu menjadi seorang wanita dalam masyarakat yang disifatkannya hanya menjadikan wanita sebagai objek seks semata-mata.

“Ia adalah satu ekspresi terhadap diri saya. Saya berbogel kerana ini dilihat dari sudut yang berbeza dan saya juga sukakan seni dan saya juga bukan orang yang percaya bahawa kita perlu berkahwin semata-mata untuk mendapat anak,” katanya.

Ditanya bagaimana perasaan kedua-dua ibu bapanya yang beragama Islam mengenai penampilan bogel dan menetap bersama teman lelaki tanpa berkahwin, Aliaa berkata, kali terakhir dia bercakap dengan mereka ialah 24 hari lalu.

“Mereka ingin menyokong saya namun mereka menuduh Kareem telah memanupulasi saya sedangkan dialah yang memberikan sokongan padu. Saya berhenti daripada Univerisiti Amerika di Kaherah selepas ibu bapa saya berusaha mengawal hidup saya dengan mengancam tidak akan membayar yuran universiti,” katanya.

Dia juga mendakwa bapanya sentiasa benci melihat cara dia berpakaian selama ini.

Ketika ditanya sama ada dia mengamalkan seks yang selamat, Aliaa tanpa malu dan segan menyatakan dia tidak mengambil sebarang pil kerana dia anti pengguguran.

Malah dia dengan bangga menyatakan kehilangan dara ketika berusia 18 tahun dengan lelaki yang dicintainya yang 40 tahun lebih tua daripadanya.

Aliaa yang menerima ugutan sejak menyiarkan gambar yang tidak bermaruah itu berkata, dia tidak takut dan sanggup hidup dalam bahaya.

P/s: apa nak jdi dgn umat islam skg nih..dh brani jdi free thinker..wlaupun didikan agama telah diberi sedari kecil lgi namun pengaruh teman lelaki merosakkan segalanya..cinta boleh membahagiakan dan juga merosakkan...Mungkin cara kita memberi nasihat salah- pelbagai teknik perlu digunakkan utk mengajar dan memberi nasihat pd anak2.. Samaada dgn cara lembut iaitu kata2 pujukan; dgn cara kelakuan iaitu mmberi nasihat dlm bentuk visual; dgn cara tindakan iaitu spt memukul.. Bukan semua anak2 boleh menerima cara2 ini, setiap anak memerlukan cara yg berlainan utk mendidiknya, jdi ibu bapa perlu tahu bagaimana utk tackle anak2 sendiri..tpi kalo dh berusaha tpi masih tidak berjaya, yakinlah bhwa semuanya adalah ketentuan dariNya..Wallahu a'lam

Semoga Alia kembali ke pangkal jln dan bertaubat..

Friday, November 18, 2011

Hate or Unhate???

Pope & Imam Ahmed Mohamed El Tayeb
Chancellor Angela Merkel & Nicolas Sarkozy
German & France
Barrack Obama & Hugo Chavez (Presiden Venezuela)

Kim Jong-il &Lee Myung-bak

(Korea Utara & Korea Selatan)


Hu Jintao- China dan Barack Obama



Mahmoud Abbas dan PM Israel Benjamin Netanyahu


Iklan kontroversi untuk kempen Unhate yang telah dilancarkan Benetton telah menimbulkan banyak tentangan dri seluruh dunia. Iklan yang menggunkan imej Pemimpin2 Utama dunia ini sungguh memalukan dan mencemar kesucian agama Islam...Apa Nak JADI ni??? Imej2 pemimpin yg digunakan menggambarkan betapa Unhate dan harmony nya mereka ni...setelah mendapat tentangan dari pelbagai pihak, gambar Pope dan Imam Ahmed Mohamed El Tayeb telah dikeluarkan dari kempen tersebut, namun gambar2 lain masih dikekalkan... Tapi kalo gambar abg Nuar digunakan dlm kempen Unhate ni kan baguss huahuahua...

























































































































































Friday, November 11, 2011

Rakyat Malaysia harus berasa malu: Dr Mahathir



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat Malaysia harus meniru sifat malu orang Jepun yang berjaya memartabatkan bangsa itu sebagai antara tamadun yang paling berjaya dalam dunia moden.


Katanya, adanya sifat itu telah membentuk orang Jepun mengadaptasi budaya kerja yang tinggi di mana kegagalan langsung tidak boleh diterima hingga membuatkan mereka berasa malu.
"Perasaan malu ini cukup kuat sehinggakan dia sanggup bunuh diri selepas kalah perang di mana ratusan ribu tenteranya bunuh diri kerana gagal mempertahankan empayar mereka (semasa perang dunia kedua)," katanya ketika menjawab soalan editor Bernama, Mahrus Ibrahim yang bertanya tentang tamadun dunia moden yang berjaya semasa sesi soal jawab selepas menyampaikan Syarahan Perdana Budaya di sini hari ini.


"Orang Jepun apabila diberi tugas akan cuba buat sebaik mungkin kerana kalau buruk, mereka akan berasa malu.
"Perasaan malu perlu ada dalam masyarakat kita juga, kalau kita tidak capai kejayaan 100 peratus, kita sepatutnya berasa malu," katanya. Beliau berkata, pada hari ini pertembungan tamadun antara Barat dan Timur sedang berlaku dan Malaysia sedang membentuk tamadunnya sendiri tetapi dengan tidak meninggalkan nilai-nilai mulia dalam diri seseorang individu serta masyarakat. Dr Mahathir berkata masyarakat Barat mungkin melihat masyarakat Timur sebagai kurang bertamadun seperti di Malaysia contohnya masih mengenakan hukuman gantung sampai mati ke atas pembunuh dan pengedar dadah. Sebaliknya, kata beliau, bangsa yang menganggap diri mereka bertamadun juga melakukan pembunuhan beramai-ramai iaitu dengan melancarkan perang. "Walaupun tamadun mereka tinggi tetapi mereka tidak segan-segan melancarkan peperangan, bagi mereka dalam peperangan kita boleh bunuh kerana ia tidak menjadi jenayah.


Bagi kita pula, membunuh seorang pembunuh adalah satu cara untuk mencegah supaya pembunuhan tidak meluas dalam masyarakat kita," katanya. Dr Mahathir juga berkata, Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk maju kerana keunikan budayanya. Katanya bangsa bertamadun ialah bangsa yang mampu mengawal diri daripada nafsu untuk melakukan sesuatu yang salah seperti menolak rasuah. "Jika masyarakat mula menganggap rasuah sebagai perkara biasa, percayalah kita (Malaysia) tidak akan maju," katanya. Dr Mahathir berkata rasuah besar padahnya hingga menyebabkan kos meningkat dan boleh membawa bencana misalnya bangunan yang dibina boleh runtuh kerana menggunakan bahan mutu rendah kerana perbuatan rasuah.


Jika amalan rasuah menjadi budaya di kalangan kakitangan kerajaan dan kemudian menular di kalangan orang politik, negara ini akan musnah jika pemimpin dipilih melalui amalan rasuah. "Kerajaan yang mengamalkan rasuah tidak mungkin dapat memajukan negara ini," katanya. Beliau juga memberitahu, asas kepada demokrasi ialah memberi peluang kepada rakyat untuk memilih kerajaan tetapi barat telah menokok tambah perkara ini dengan mewujudkan kebebasan bersuara. Malaysia tidak mampu mengikut acuan kebebasan bersuara ala Barat kerana wujudnya kepelbagaian kaum di negara ini dan tidak mustahil kebebasan bersuara ini akan disalah guna sehingga menimbulkan kekacauan.


"Alasan kebebasan bersuara, satu hari kalau tidak dibendung, kita akan hidup dalam negara yang tegang suasana politiknya," kata Dr Mahathir. "Umpamanya demonstrasi, ini kononnya adalah hak kebebasan bersuara, memang ada hak untuk demonstrasi tetapi kalau sudah dibuat besar-besaran, ini akan mengganggu pihak lain umpamanya peniaga," katanya. Katanya, adakah kerajaan akan menjadi lebih adil apabila memberi kebebasan kepada orang yang mahu membangkitkan kebencian atau pun kebebasan kepada peniaga yang mahu mencari makan. - BERNAMA