Friday, December 26, 2008

Pompuan Melayu Hina Islam



Penulis ini sudah beberapa kali di ban. sebelum ni dlm frenster dah kene ban... sekarang dia brani plak muncul dlm blogspot plak...aper la nak jadik pompuan ni......."Saya open minded, modern thinking, fun loving and easy going" free thinker konon, siap posted kan karikatur Nabi Muhamad SAW lagi...tapi mungkin jugak ader orang yang cuba sabotaj menggunakan nama minah nie...almaklumlah zaman sekarang ni macam2 org bleh buat....tapi mysacred betul2 geram dengan orang yang buat blog nie......sanggup dia hina islam..Astagfirullahalazim.. elak-elakan la daripada di baca oleh bebudak takut terpengaruh minda mereka...






Sunday, December 21, 2008

Dwiparti Politik BN Dan Pakatan Rakyat Berikan Peluang BN Pulihkan Imej

BERNAMA
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata dengan wujudnya dwiparti politik kuat iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat, telah memberikan peluang kepada BN memulihkan imejnya dan membawa perubahan lebih baik.Beliau berkata dengan perubahan politik selepas pilihan raya umum Mac lalu, BN kini dilihat lebih telus dan komitmen yang diberikan untuk membawa perubahan ke arah kerajaan lebih telus telah dilaksanakan."Antara perubahan yang dibawa BN adalah (pembentangan) Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) 2008.
"Malahan BN juga menjalankan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1987 yang memberi lebih kuasa autonomi kepada pihak berkuasa universiti dalam menentukan pengurusan dan pentadbiran institusi masing-masing."Kesemua ini jelas memperlihatkan kekuatan kerajaan BN memperjuangkan kepentingan rakyat walaupun bilangan wakil rakyatnya tidak mencapai dua pertiga ahli Dewan Rakyat," katanya pada Wacana Perdana bertajuk "Transformasi Politik Malaysia" di Balai Islam, di sini, Sabtu malam.Selain Khairy, anggota panel wacana itu ialah Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari manakala majlis itu dipengerusikan pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff .
Malahan Khairy beranggapan undi rakyat pada pilihan raya umum 8 Mac lalu merupakan undi protes kepada BN dan bukannya tranformasi politik untuk mengingatkan BN terutamanya Umno supaya menjalankan prinsip kerajaan yang lebih telus dan berjiwa rakyat.Justeru, beliau mengingatkan kepada Pakatan Rakyat terutamanya PAS, supaya jangan terlalu yakin terhadap pencapaian mereka setelah menguasai lima negeri kerana undi rakyat itu akan berubah jika BN mula membuat pembaharuan kepada kerajaan yang lebih baik untuk rakyat."Malahan Pas yang sebelum ini merupakan parti pembangkang yang kuat, kini telah mengecil dari aspek pengaruhnya, antara buktinya pelantikan ketua pembangkang di Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah daripada Parti Keadilan Rakyat," katanya.Beliau melihat pakatan pembangkang itu sebagai "retak menanti belah" kerana kini telah timbul percanggahan idealogi di antara kepimpinan parti.Sementara Husam berpendirian keputusan pilihan raya umum lalu menunjukkan rakyat sudah bosan dengan BN dan kepincangan yang berlaku dalam urusan pentadbiran negara.Beliau berkata malahan perubahan di lima negeri ditadbir Pakatan Rakyat, termasuk tiga negeri yang ditadbir PAS iaitu Kelantan, Kedah dan Perak, bukti rakyat mahukan satu bentuk perubahan kerajaan baru yang lebih adil.Pada Wacana itu Husam lebih banyak mengkritik langkah kerajaan BN dalam isu Suruhanjaya Pelantikan kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan isu penswastaan Institut Jantung Negara (IJN) yang akan memberikan impak kepada golongan miskin.Bagaimanapun bagi Dr Abdul Aziz, perubahan politik kini menunjukkan satu perubahan yang positif kerana ianya berlaku dalam kerangka yang aman."Seperti di Amerika Syarikat, terdapat dua parti yang kuat di negara itu sentiasa berlumba untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat dan ianya memberikan manfaat kepada rakyat dan negara," katanya.
Bagaimanapun, katanya perubahan itu mungkin tidak kekal kerana seperti di Taiwan, parti politik utama telah "direhatkan" selama dua penggal sebelum rakyat memilih parti utama itu kembali.Beliau juga berharap dua suruhanjaya yang dicadangkan BN dapat dilaksanakan dengan serius dan kerajaan perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara yang dicadangkan suruhanjaya itu kelak."Jangan ianya terbiar seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang cadangan pihak itu tidak diendahkan oleh kerajaan dan cadangannya tidak dibahaskan di Parlimen. Suruhanjaya dilihat tidak ada gigi. Jadi ianya menjadi sia-sia," katanya.

Wednesday, December 17, 2008

PAS Dapatkan Pandangan Penulis Blog Tentukan Calon

BERNAMA
KUALA TERENGGANU
PAS akan menilai pandangan daripada pelbagai pihak termasuk penulis blog sebelum menentukan calon untuk bertanding pada pilihan raya umum, 17 Jan depan. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pemilihan calon yang benar-benar sesuai, adalah faktor yang paling penting dalam usaha mereka merampas kerusi tersebut daripada Barisan Nasional (BN)."Kita akan lihat semua termasuk pandangan daripada penulis blog, malah surat layang juga kita akan lihat sebelum menentukan calon," katanya ketika ditemui di luar dewan selepas hari ketiga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-12, di Wisma Darul Iman di sini hari ini.Abdul Hadi, yang baru pulang mengerjakan ibadah haji dua hari lepas, berkata pada masa ini, pihaknya sedang membuat penelitian rapi terhadap calon yang boleh mendapatkan sokongan pengundi di Kuala Terengganu."Kita sedang tunggu laporan daripada PAS cawangan, kawasan dan negeri. Kajian terperinci perlu dilakukan bukan sahaja di kalangan penyokong PAS malah masyarakat keseluruhan di Kuala Terengganu," katanya.Beliau berkata ketokohan seseorang pemimpin itu penting memandangkan pilihan raya kecil itu diadakan di sebuah bandar raya, dengan kemudahan infrastruktur bukan menjadi masalah kepada pengundi.Abdul Hadi berkata Jawatankuasa PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat khas di sini, Sabtu ini dan agenda utama adalah membincangkan soal calon."Selepas nama calon dipilih, kita akan serahkan kepada Majlis Syura untuk membuat keputusan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian," katanya.Beliau berkata daripada pemantauan awal yang dilakukan, parti itu yakin untuk merampas kerusi parlimen tersebut daripada BN. Mengenai pandangan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berharap Naib Presiden parti itu, Mohamad Sabu dikekalkan sebagai calon pada pilihan raya kecil itu, Abdul Hadi berkata setiap PAS negeri mempunyai pandangan mereka sendiri."Kita dengar semua pandangan. Sebagai presiden, saya tidak mempunyai halangan jika Mohamad Sabu dicalonkan. Tetapi, akhirnya keputusan dibuat oleh suara majoriti," katanya.Kerusi parlimen itu kosong berikutan kematian Datuk Razali Ismail, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, dipercayai akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, 28 Nov lepas. Pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, Razali selaku penyandang, menewaskan Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusof dengan majoriti 628 undi.

Friday, December 12, 2008

Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu Gelanggang Menebus Maruah - Pemuda Umno

Bernama
Pemuda Umno mahu menjadikan pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan ini, sebagai gelanggang menebus maruah selepas Barisan Nasional (BN) tewas pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh pada Ogos lepas.Ketuanya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Pemuda Umno kali ini akan memastikan jentera pergerakan itu lebih bersiap siaga untuk menghadapi pertandingan yang juga dilihat bakal sengit."Dugaan dan ujian terhadap Pemuda Umno adalah untuk memastikan sokongan golongan dan pengundi muda terhadap Barisan Nasional terus dipertahankan sebagaimana ketika Allahyarham Datuk Razali Ismail memenangi kerusi tersebut."Saya melihat pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini sebagai satu peluang kepada kita untuk menebus maruah berikutan kekalahan pada pilihan raya kecil Permatang Pauh," katanya yang juga Menteri Pelajaran kepada pemberita selepas merasmikan majlis korban anjuran Pemuda Umno di Felda Bukit Tongkat, di sini Selasa.Pilihan raya Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian Razali, penyandang kerusi tersebut, pada 28 Nov lalu.
Pada pilihan raya umum Mac lepas, timbalan menteri Pelajaran itu menang dengan majoriti 628 undi menewaskan jaguh PAS, Mohamad Sabu dan seorang calon Bebas, Maimun Yusuf, 89.Hishammuddin menyifatkan pilihan raya kecil Kuala Terengganu adalah berbeza dan tidak boleh disamakan dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh yang dimenangi oleh penasihat umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim."Permatang Pauh adalah jauh berbeza, kerana Permatang Pauh merupakan kubu kuat pembangkang manakala calonnya pula merupakan pemimpin tertinggi parti pembangkang itu dan kerusi itu pula dikosongkan oleh isterinya (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail)," katanya.
Menurut Hishammuddin, BN mempunyai kelebihan kali ini kerana suasana yang menyelubungi pilihan raya kecil Kuala Terengganu ketika ini, adalah berlainan dan tidak sama sebagaimana ketika pilihan raya umum Mac lepas."Kita lihat gelombang dan keadaan ketika ini telah berubah berbanding ketika pilihan raya umum lepas yang banyak bergantung kepada pertimbangan persepsi dan strategi-strategi tertentu yang berkemungkinan tidak lagi berasas pada masa ini, dan saya yakin ini merupakan satu kelebihan kepada kita," tambahnya.Beliau berharap pilihan raya kecil Kuala Terengganu kelak, tidak dicemari dengan suasana dan insiden negatif sebagaimana yang berlaku di Permatang Pauh."Kita minta parti-parti pembangkang bertanding secara `gentleman'," kata Hishammuddin.Yang turut hadir pada majlis korban kali kelima berturut-turut itu ialah Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan anggota exco Pemuda, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.-- BERNAMA

Thursday, December 4, 2008

11 Kenderaan Tertimbus Dalam Tanah Runtuh


BERNAMA


Sebelas kenderaan di kawasan parkir antara Bangunan CIMB dan Bangunan Amanah Raya di Jalan Semantan di sini tertimbus dalam kejadian tanah runtuh hari ini, demikian menurut bomba dan penyelamat.Kejadian pada pukul 5.15 petang yang dipercayai akibat hujan lebat sejak pukul 2 petang itu meranapkan dinding konkrit setinggi 15 meter di kawasan parkir itu."Mungkin juga faktor hujan dan saliran air di dalam tanah menyebabkan runtuhan," kata Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah Azizan Ismail ketika ditemui di tempat kejadian.Bagaimanapun, katanya, punca sebenar kejadian masih disiasat.Azizan berkata 11 pemilik kenderaan kebanyakannya terdiri daripada kakitangan CIMB telah membuat laporan mengenai kenderaan mereka yang tertimbus dalam kejadian itu.


Sehingga pukul 9 malam, beberapa kenderaan telah dikeluarkan dari runtuhan itu menggunakan dua jentera berat.Kejadian tanah runtuh itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas sehingga tiga kilometer di kedua-dua arah laluan di Jalan Semantan dan polis trafik kini mengawal pergerakan lalu lintas di jalan terbabit.Sementara itu, jalan di atas lereng bukit tanah runtuh itu ditutup kepada lalu lintas bagi mengelakkan kejadian lebih buruk. Setakat ini, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, kata seorang anggota polis di tempat kejadian.


mysacRedHeart wrOte : Memang kejadian seperti ni tak dijangka..boleh dikatakan setiap hari, hujan lebat turun kat KL..mujurlah tiada kemalangan jiwa dilaporkan..kampung-kampung dalam KL pun sekarang ni asyik kena banjir lumpur jer..tapi teruk lagi banjir kat terengganu....

Wednesday, December 3, 2008

Keajaiban Tuhan


Actually dh lamer nk update citer ni tpi baru jer c-hat ckit, tue yg lamer sgt menyepi ..alhamdulillah dah okey ckit ...nway nk share ngan sumer pasal bulan senyum aritu..rasenye sumer dah maklum dah kan..sajer jer nk share email yg mysacred dpt nie....


Syukur...maha suci Allah, pentadbir seluruh alam dan seisinya. Ilmu Allah amat hebat dan segalanya tidak mustahil terjadi. Inilah bukti kekuasaan Allah SWT untuk hamba-hambanya melihat, dan berfikir tentang kebesaran dan kekuasaan Allah yg tidak terhingga.Saksikan gambar di bawah. Musytari (Jupiter), Kejora (Venus) dan Bulan kelihatan harmoni dan dekat antara satu sama lain (seolah sedang tersenyum) sedangkan pada hakikat sebenar, 3 makhluk Allah itu adalah berbilion-bilion tahun cahaya jaraknya antara satu sama lain. MasyaAllah...kejadian Allah yg mengagumkan aku malam ni...Bulan bersama-sama dengan Mustytari (jupiter) dan Kejora (venus)berhimpun di dalam kawasan yang sama dan membentuk sebuah segitiga! seperti sedang tersenyum.Bayangkan, walaupun ketiga-tiga objek ini dilihat seolah-olah hampir antara satu sama lain, tetapi dari segi hakikatnya tidak.Cahaya dari Bulan mengambil masa 1.3 saat untuk sampai ke mata kita. Cahaya dari Kejora (objek sebelah kiri), mengambil masa lebih kurang 8 minit untuk sampai. Manakala Musytari yang dilihat itu ialah keadaannya 48 minit terdahulu!


mysacred sempat jugak tgk live fenomena tue terpegun jugak la 2minit..subhanallah cantiknya menakjubkan....inilah buktinya kekuasaan Allah S.W.T......

Thursday, November 27, 2008

Makanan di KL tidak sedap?

Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 26 Nov. – Ahli Parlimen dari Johor, Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) hari ini mengkritik rasa makanan di bandar raya Kuala Lumpur yang bukan sahaja mahal tetapi tidak sedap langsung.
Mohamad juga mempersoalkan mengapa restoran dan kedai makan di bandar raya ini terlalu kotor.
‘‘Makanan di Kuala Lumpur tak sedap. Saya tengok warga bandar raya walau dihidangkan besi pun dia akan ‘balon’ dan tak ada standard sebab itulah peniaga mengambil kesempatan.
‘‘Makanan di Kuala Lumpur ini tidak boleh dimakan langsung. Kalau minta mi bandung, tak rasa mi bandung, tom yam, asam pedas dan pelbagai lagi tidak rasa seperti makanan tersebut,” dakwanya.
Beliau berkata demikian ketika mencelah semasa Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan menggulung perbahasan di peringkat jawatankuasa Bajet 2009 pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Mohamad menegaskan, kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu diajar untuk melaksanakan tugas mereka dalam memastikan ibu negara mencapai standard yang ditetapkan.


mysacRedHeart wrOte : YB Sri Gading ni makan kat maner ek sampai dia kata makanan kt key ell tak sedap....meh cni mysacred nak ajak YB Sri Gading p makan kt tempat2 yang sedap2 , itupun kalo YB sudi kuar ngan anak jati key ell ni hik hik hik....memang la banyak kedai2 makan yg kotor2 tapi ader jugak tempat mkn yg bersih dan mementingkan kualiti......nak rase asam pedas sedap pegi la kt Kg Pandan, nak rase tomyam sedap pegi la Kg Baru , nak mee udang sedap pun ader...goreng pisang yang paling sedap, nasi lemak sedap, sate paling sedap ...u name it...macam-macam ader n sumenyer sedap2..hmmm rugi la YB tak rase......boleh kempunan tau.......

Tan Sri Rafidah Aziz- Opah UMNO

mysacred ader terbaca komen kt satu blog nie yang menggelar Tan Sri Rafidah Aziz sebagai 'Opah UMNO' kerana telah memimpin wanita begitu lama .. dia juga menyatakan bahawa sudah tiba wanita diberi kepada muka baru yang lama iaitu Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil..
mysacred rase walaupun TS Rafidah dah lama menerajui Wanita UMNO tetapi kewibawaan beliau terserlah dan mampu menerajui Wanita sepenggal lagi..tetapi kalo dah akar umbi tidak menyokong nak wat camne kan..kita kena la ikut keadaan sekarang..masing2 ader kekuatan dan kekurangan yang boleh menaikkan dan menjatuhkan mereka..
maka pandai2 la menggunakan kelebihan yang ader.. mysacred rase x salah kalo nk bertanding, sumer ahli yang layak boleh bertanding....kita bertanding la secara sihat ek jgn gado-gado..cuber tgk macam Samy Vellu yg minta 100 orang bertanding jawatan presiden MIC relax jer..huhuhu
tapi kan kalo nk kata faktor dah lama @ tua @ kertu ni tak leh nak buat aper2 tu salah tue..tgk la cam nenek @ moyang yang berusia 106 tahun Wook Kundur dari Kuala Berang Terengganu yang mempunyai suami berumur 37 tahun. Nenek ini masih lagi kuat untuk membuat kerja-kerja rumah dan melayan suaminya...aper rahsia nenek ini ek..menurut nenek ni dia mengamalkan beberapa perkara utk membahagiakan suaminya yang jauh lebih muda seperti berfikiran positif, ceria dan mengurut tubuhnya sendiri (camne nk urut tubuh sendiri ek, emmmmmm????) ......hebat betul nenek2 kt terengganu ni ek......
nk tau lebih lanjut pasal nenek ni???

Tuesday, November 25, 2008

Saya Bukan 'Saudara Baru'

semalam tetiba mysacred teringat pasal seorang ustaz ni yg pernah bagi tazkirah sewaktu bulan ramadhan baru-baru ni di sebuah surau kecik di pinggir bandar elit somewhere in Selangor..ustaz ni adalah seorang muallaf yang berketurunan cina yang memang aktif berceramah di seluruh dunia terutama skali di negeri China. Beliau juga telah banyak menulis buku-buku mengenai Agama Islam beserta pengalaman-pengalamanya menjelajah seluruh benua Asia...semasa mula-mula berceramah mysacred tak perasan pun yang dia ni bangsa Cina kerana dialek cina nya tiada langsung. Tetapi apabila Tok Imam memperkenalkan kepada jemaah yang hadir mysacred terus kedepan sikit dan mengintai di sebalik tabir (sampaikan makcik2 yang duk kat sebelah mysacred pandang semacam jer heheh sori makcik) dan melihat siapakah gerangan yang dimaksudkan itu. Akhirnya mysacred dapat melihat wajahnya dengan jelas...aper yang menarik perhatian mysacred adalah apabila ustaz ini bertanya kepada jemaah 'kenapa orang bukan islam yang masuk agama islam digelar Saudara Baru'???
mysacred pun jawab dalam hati 'kerana umat islam adalah bersaudara, dan apabila org bukan islam masuk islam kita gelarla mereka Saudara Baru iaitu saudara yang baru dengan Islam'...............lepas tue ustaz tu pun berkata 'Saya Bukan Saudara Baru' dia musykil org gelar dia saudara baru kerana kalo baru semalam dia peluk islam bolehla orang panggil dia saudara baru tapi dah lebih 30tahun dia peluk islam pun org masih lagi panggil dia Saudara Baru,macamaner nie??? para jemaah pun ketawa dan seorang pemuda berkata 'Betul jugak tu ustaz, kalo macamtue kita panggil ustaz Saudara Lama lah ek'...hai buat lawak betulla mamat ni...ustaz tu berharap agar panggilan saudara baru ini tidak lagi digunakan.. terpulanglah ustaz, setiap orang ader pandangan masing-masing...kalo tanyer ustaz lain mungkin dia tak setuju dengan panggilan saudara baru ini ditukarkan........
...mysacred rase panggilan nama tak penting pun, yang penting hati dan amalan kita.....tapi kan panggilan nama jugak sedikit sebanyak memainkan peranan dalam mencerminkan sikap dan peribadi seseorang tue contohnya yang bernama Firdaus dipanggil Salleh, Rizal dipanggil Ijoy, Faizal dipanggil Acai, Shafinaz dipanggil Pinot dan lain-lain lagi.......ader jgak yang digelar Botak, Kecik, Pendek n macam2 lagi.....nak tau satu rahsia??? mysacred pernah digelar Apek oleh keluarga terdekat hehehe.....anda bagaimana????

Monday, November 24, 2008

Monsun Melanda Terengganu - Wanita Ugut Terjun Bangunan

2 hari lepas heboh diperkatakan mengenai gadis yang mengancam untuk terjun bangunan akibat merajuk kerana ditinggalkan kekasih hati. Belum pun reda dengan cerita itu semalam kita dikejutkan pula dengan wanita yang berang dengan suaminya mengancam terjun bangunan. Surirumah berkenaan yang berasal dari Bukit Sawa Marang itu berang ekoran suaminya sudah lama tidak pulang ke rumah dan didakwa telah berkahwin lain...Kebetulan Kedua-dua kes ini berlaku di Terengganu...hai macam-macam kes sekarang nie...agaknya akibat daripada angin Monsun Timur Laut kot yang sekarang ni sedang meniup kat Terengganu sebabnya kawasan ini lebih terjejas dengan tiupan angin yang lebih tinggi knotnye, ye la angin lazim adalah dari arah timur laut....[ dengan kelajuan 10-20 knot mengikut catatan geografi].........harap-harap monsun ni tak merebak kat negeri2 lain hehehe....... ye la takut takut angin tu masuk kt dalam badan wanita-wanita kt tempat lain plak..eeee takut....

Sunday, November 23, 2008

Minyak Turun - Senyap Jerk

Bile arge minyak dah turun suara-suara sumbang yang dulu duk kutuk govt dah tak dengar lagi.. dulu mase arge minyak naik , suara-suara sumbang ni pun bukan main lantang hentam govt..sekarang kemanakah anda pergi??? x kan xder ape2 komen kot... dulu siap buat debat perdana lagi pasai arge minyak nie n nak turunkan 50sen kalo jadi PM. Kita sume x yah nak tggu dia ni jdi PM, dia x jadi PM pun arge minyak dah turun 70sen dah... mysacred rase kene buat debat lagi la pasai arge minyak dah turun niiiieee....... tapi kan ader jugak spesis yang x mau terima kenyataan, dia cakap "kjaan turun kan arge minyak ni pun sebab pembangkang jgak, kalo pembangkang tak push kjaan dulu suh turun kan takdenye kjaan nak turunkan arge sampai skg, sumenye sebab Anwar Ibrahim "(fanatik betul bunyinye kan)......mysacred rase org-org cam nie x leh pakai lgsung n jenis org yang ego n tak mau mengalah....lantak kat dia la kan yang penting dia x terlalu taksub...

Thursday, November 20, 2008

Ladang Babi Moden. Ape Nak Jadi??


Ape nak jadi ni????

Kedah pula bakal membangunkan ladang babi moden di Bukit Selambau.. special quotes for voters in Kedah :


dahulu selangor kini kedah

menternak babi menuai padi

dulu chek dah habaq dah

sekarang lu pikirla sendiri!!!
*jgn sampai kuar air mata darah*


Segambut Dihantui Warga Asing

*gambar sekadar hiasan*
Penduduk dihantui rasa tidak selesa dan terancam apabila beberapa tempat di sekitar Segambut yang dibanjiri warga asing yang kebanyakkannya warga Indonesia dan Bangladesh. Fenomena ini berlaku di Segambut Dalam, Segambut Masjid, Sg Penchala dan beberapa kawasan sekitar nya. Apabila kita berada di Segambut Dalam dan Segambut Masjid misalnya, terasa seperti berada di Jakarta apabila kelihatan kedai-kedai makan dan runcit di pelopori oleh mereka.
Kebanyakkan daripada mereka bekerja di tapak tapak pembinaan yang berdekatan di sekitar Sri Hartamas dan Mont Kiara. Tindakan tuan rumah yang bertindak menyewa rumah lot mereka kepada warga asing ini menyebabkan populasi pendatang ini bercambah dari semasa ke semasa. Ada yang menggelar tempat ini sebagai 'mini jakarta'. Pada Hujung Minggu Bas bas rapid KL di penuhi warga asing yang ingin keluar ke Pusat Bandaraya. Kelihatan perhentian bas di hujung jalan Segambut Dalam yang menjadi perhentian terakhir kepada bas bas tersebut. Selain daripada itu banyak gerai-gerai makan didirikan di sebelah perhentian berkenaan dan menjadi tempat mereka untuk melepak.
Penduduk tempatan dikatakan berada dalam keadaan yang tidak selesa apabila sering saja diganggu warga asing tersebut. Kadar jenayah di kawasan itu juga kian menjadi jadi. Kejadian seperti pengedaran dadah, ragut, mencuri motosikal dan membunuh mengundang keresahan penduduk. Dilaporkan lebih kurang 70% kampung tersebut di huni oleh pendatang asing berkenaan. Telah beberapa kali Pihak Berkuasa Tempatan melakukan operasi di kawasan berkenaan dan berjaya menangkap pendatang asing tanpa izin, namun ianya tidak dapat mengurangkan kerisauan penduduk terhadap masalah ini. Mysacred selalu jugak guna jalan 'shortcut' melalui Segambut Dalam ni nak ke Sri Hartamas..scary jugak beb..kalo lalu malam malam lagi scary..sampai kat bukit segambut kiri kanan hutan pas tu turun bukit nampak la aper aper yang tak sepatutnya kita nampak...
tapi awas 'JANGAN PANDANG BELAKANG'

Monday, November 17, 2008

Harga Petrol Dan Diesel Diturunkan 15 Sen Seliter Berkuatkuasa 18 Nov



KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kerajaan mengambil keputusan untuk mengurangkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa mulai esok, 18 November.Harga runcit untuk petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen seliter kepada EN2.00 seliter daripada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan 15 sen kepada RM1.90 sen seliter dan harga diesel dikurangkan 15 sen seliter kepada RM1.90 seliter, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan di sini, Isnin.Beliau berkata ini merupakan penurunan yang kelima sejak bulan Ogos, sebagaimana janji Kerajaan untuk menurunkan harga runcit petrol jika ada penurunan dalam pasaran dunia.Beliau berkata Kerajaan berharap para peniaga mengambil langkah untuk terus mengurangkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak, supaya orang ramai mendapat manfaat yang sepenuhnya.Beliau berkata para pengguna juga diharapkan akan terus mengamalkan sikap berhemah dalam penggunaan petrol dan diesel walau pun harga telah turun, selaras dengan hasrat Kerajaan memastikan penggunaan tenaga yang efisien.


mysacredHeart WrOte : syabas pada kjaan kerana telah menunaikan janji utk menurunkan harga petrol mengikut trend semasa dunia...harap2 lepas nie peniaga dapat turunkan harga barang cepat2, jgn bile nak turunkn harga mcm2 alasan..dulu bile nak naikkan harga bukan main cepat lagi...

Sunday, November 16, 2008

TUNTUTAN INTERFAITH COMMISSION (IFC)

IFC pernah digelar gerakan anti islam yg di naungi oleh pimpinan2 DAP, PKR dan beberapa NGO2 yang lain. Antaranya :
Tian Chua (Ketua Penerangan PKR -Ahli Parlimen Batu)
Elizabeth (Ketua Penerangan Wanita PKR)
Ronnie Liu
Sivarasa (Naib Presiden PKR)
.............dan ramai lagi
Antara tuntutan yang pernah dibuat IFC adalah seperti berikut :
1. Anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang
Islam.
2. Orang bukan Islam yang memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari Islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang.
3. Kes orang Islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4. Perkataan ”Islam” tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang Muslim.
5. Orang bukan Islam tak perlu peluk Islam sekiranya berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam pula dibenarkan murtad jika ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh diambil tindakan undang-undang.
6. Suami isteri yang memeluk Islam tidak berhak diberi Hak Penjagaan Anak.
7. Orang yang bukan Islam berhak menuntut harta pusaka ahli keluarganya yang telah mati dalam Islam.
8. Kerajaan mesti menyiapkan dana yang cukup untuk membina dan menyelenggara rumah ibadat orang bukan Islam serupa untuk orang Islam.
9. Orang bukan Islam tidak boleh dilarang dari menggunakan perkaaan-perkataan suci Islam.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia dibenarkan pengedarannya kepada umum secara terbuka.
Nauzubillah...

PAS, GMI Lancar kempen Mansuh ISA 23 Nov

Malaysiakini
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) bersama-sama dengan PAS Pusat dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan melancarkan kempen bagi mendesak kerajaan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 23 November ini.Ia diputuskan dalam mesyuarat bulanan DPP yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan di ibu pejabat parti tersebut di ibunegara hari ini. Dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut, Nasrudin berkata mereka juga akan mengadakan himpunan besar-besaran pada Mac depan sebagai kemuncak kempen tersebut.
Mereka menjangka untuk menghimpun kira-kira 100,000 orang pada bulan Mac itu yang turut melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Pakatan Rakyat.Ditanya pemberita mengapa himpunan itu dibuat dalam bulan Mac, bulan yang sama dengan perhimpunan agung Umno, beliau berkata:"Ia mengambil ruang untuk memberi kesadaran kepada rakyat dan membuat persediaan gerak kerja. Ia tidak ada kena mengena dengan persidangan agung Umno".
"Sementara itu, selepas merasmikan Kelab Penyokong Muda PAS (KPMP), Ketua Pemuda PAS Salahudin mengulas berhubung perhimpunan besar-besaran mansuhkan ISA.Beliau berkata pihaknya memberi jaminan bahawa perhimpunan itu adalah perhimpunan aman "ala Bersih" yang dibuat pada 10 November tahun lalu.
mysacRedHeart WrOte : x abis2 nk buat phimpunan..dulu bersih,hindraf..skg ni pasal ISA plak. ISA perlu utk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam..ini termasuklah bab2 agama islam jgak ...PAS tu kn parti islam.. tak ingat ke beberapa tuntutan IFC sebelum ni...

Friday, November 14, 2008

GURU TADIKA KEMAS KETINGGALAN ZAMAN

Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 13 Nov. - Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin (PKR- Ampang) melabelkan guru Tadika Kemas sebagai golongan mak cik-mak cik yang ketinggalan zaman dan tidak berkualiti.
Zuraida berkata,
mak cik-mak cik itu masih mengajar angan-angan mat jenin dan ketuanan berkeris kepada kanak-kanak yang mendapat didikan awal di Tadika Kemas.
''Bagaimana hendak cakap mengenai kualiti kalau guru yang mengajar di Tadika Kemas masih ketinggalan dari segi kualiti dan mata pelajaran berbanding tadika swasta," katanya.
Beliau mencelah semasa Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis) membahaskan di peringkat jawatankuasa Bajet 2009 bagi Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Zuraida menambah, kajian yang dijalankan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mendapati kualiti pendidikan di Tadika Kemas adalah rendah.
Katanya, kajian itu mendapati Tadika Kemas dari segi fizikal, kakitangan, mata pelajaran, kerusi dan meja, bangunan dan premis, peralatan, sikap guru dari segi keprihatinan dan penyayang, personaliti guru adalah lebih rendah daripada tadika swasta. Mohamad Shahrum bagaimanapun menegaskan perbandingan yang dibuat oleh Zuraida itu adalah tidak tepat kerana ia membandingkan antara Tadika Kemas dengan tadika swasta.
Jelasnya, perbandingan ini seperti membandingkan ayam dan itik, dua perkara yang berbeza.
Tegas beliau, Tadika Kemas dibiayai oleh kerajaan dengan peruntukan terhad manakala tadika swasta penjaga perlu membayar yang tentunya menghendaki kualiti serta keputusan yang baik.
''Apa yang dikatakan oleh Zuraida itu merupakan satu penghinaan kepada Tadika Kemas yang telah berusaha mendidik anak-anak mengenai semangat kenegaraan, jati diri dan menjadi manusia yang baik.
''Anak saya semua belajar di Tadika Kemas dan mereka menjadi manusia yang berjaya dan berguna," katanya.


mysacRedHeart wrote : riak sungguh kenyataan YB Ampang ni..menghina guru-guru ini samalah juga dengan menghina anak-anak yg belajar didalamnya..kenapa ingin menghina tadika ini yang kita tahu majoriti pelajarnya adalah dikalangan anak-anak melayu yang kurang berkemampuan...kita tahu budget kerajaan sgt terhad utk dibahagi2 kan...tetapi sbg ahli parlimen beliau harus memberi pandangan dan cadangan yg membina untuk memperbaiki mutu tadika kemas ini dan setanding dengan tadika swasta yang lain....mysacred rasa tadika kemas lebih patriotik dan pelajar-pelajarnya lebih independent jika nk dibandingkan dgn tadika swasta...sape yg mcm makcik2 sebenarnya hehhe

Friday, November 7, 2008

PKR mahu Utusan Malaysia dilarang buat liputan

Utusan Malaysia
Ahli Parlimen Gombak, Mohamad Azmin Ali (PKR-Gombak) meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menggunakan peraturan mesyuarat 80 dan 80(a) untuk melarang Utusan Malaysia daripada membuat liputan di Dewan Rakyat.
Azmin menegaskan, akhbar itu telah tidak membuat laporan yang tepat dan adil serta menjadi agen propaganda UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
''Yang Dipertua telah membuat keputusan yang tepat bahawa langkah-langkah tambahan merangsang ekonomi yang dibentangkan oleh Najib bukan sebahagian daripada Bajet 2009, tetapi laporan Utusan Malaysia dan TV3 tidak tepat serta tidak adil," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan pada peringkat jawatankuasa Bajet 2009 pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Azmin merujuk kepada keputusan Pandikar Amin bahawa pembentangan Bajet 2009 dan penggulungan oleh Najib semalam termasuk pengumuman langkah-langkah tambahan untuk merangsang ekonomi negara adalah teratur dan tidak melanggar peraturan mesyuarat.
Semalam Pandikar Amin menjelaskan, langkah-langkah tambahan yang mendapat bantahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) dan ahli-ahli Parlimen pembangkang lain, bukan sebahagian daripada Bajet 2009.
Azmin menegaskan, Dewan Rakyat patut mengikut contoh apa yang dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan melarang wartawan Berita Harian membuat liputan persidangan dewan tersebut.
Beliau juga mencadangkan kepada Pandikar Amin agar memadamkan rekod penggulungan dan pembentangan peruntukan RM7 bilion sebagai langkah-langkah merangsang ekonomi negara daripada rekod Dewan Rakyat.
Bagaimanapun tindakan Azmin itu mendapat bantahan daripada Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (BN-Rompin) yang melihat pembangkang hanya menjadi juara perjuangan kebebasan akhbar sekiranya ia selari dengan perjuangan mereka.
''Mereka kata pembangkang merupakan pejuang kebebasan akhbar tetapi apabila akhbar tidak selari dengan perjuangan mereka, nak hapuskan kebebasan akhbar.

mysacRedheart Wrote : Kalau dah pembangkang pembangkang jgak..mcm2 karenah. Ader jer nak cari pasal dalam parlimen..Buat malu tul, pakai kot jer lebih tapi terjerit-jerit mcm takder adab sopan...beradab lagi kita kat luar ni..

Wednesday, October 15, 2008

HINDRAF DIHARAMKAN

Malaysiakini
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini mengisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang. Pengisytiharan itu diwartakan berkuatkuasa hari ini setelah berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak, katanya dalam satu kenyataan.
"Berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), diisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang," katanya dalam laporan Bernama. Beliau berkata perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri mengenai kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang.
Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia.Syed Hamid berkata sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum.
"Tindakan pengharaman yang diambil bukannya berasaskan kepada satu atau dua kegiatan pertubuhan yang menyalahi peraturan dan undang-undang tetapi meliputi rentetan semua kegiatan dan aktiviti yang telah dilakukan sejak pertubuhan ini diwujudkan," katanya.
Syed Hamid berkata Hindraf mempunyai ciri-ciri sebagai sebuah pertubuhan kerana telah mengemukakan permohonan pendaftaran pada 16 Oktober tahun lalu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Permohonan itu, katanya, belum diluluskan tetapi pertubuhan tersebut telah bergerak aktif dengan menganjurkan beberapa perhimpunan awam dan demontrasi tanpa permit dan mengeksplotasi isu-isu perkauman sehingga mencetuskan kebangkitan penentangan sebahagian keturunan India terhadap kerajaan dan menimbulkan kebencian di antara orang-orang Melayu dan India di negara ini.
"Hindraf juga telah berusaha mendapatkan sokongan dari negara asing bagi memberi tekanan kepada kerajaan supaya tunduk kepada tuntutan-tuntutan mereka. Kegiatan dan aktiviti ini telah memberi kesan buruk pada imej negara," katanya. Syed Hamid menasihati orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam apa cara sekalipun dalam kegiatan Hindraf yang diharamkan itu.

mysacRedHeart wrote : Akhirnya pengharaman ini telah diwartakan oleh cabinet. Hindraf memang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam. Orang ramai diharap tidak melibatkan diri dengan kegiatan Hindraf yang hanya membawa kepada kekacauan dan kemusnahan dalam negara. Arap-arap Lepas ni xdelah lagi Perhimpunan rose dan Perhimpunan lilin kat dataran tue..


Saturday, October 11, 2008

METROJAYA WAREHOUSE SALE

Guyz,,
Metrojaya Warehouse Sale will be held from 23rd Oct till 27Oct 2008 at Stadium Melawati Shah Alam
Discounts Up To 70%
Some of the Brands Offered
East India Company, Somerset Bay , Reject Shop, Renoma, Alain Delon, Smalto, Goggles
Men’s Shoes, Accessories, Poney, Disney, Bandai, Takara-tom,Novelle, Niki Cains, Jean Perry, Riccardo...
Cosmetics: Loreal, Revlon, Silky Girl, International Branded Fragrances...
Electrical Items : Cooker, Blender, Hair Dryer, Vacuum Cleaner, Chocolate Fountain, Pie Maker, Mini Oven and more…

BLUEBERRY CHEESE TART

Yummy yummy yummy...dat day maser g braye mkn bluberry cheese tart. Sedap betul kalah 'Secret Recipe' nyer..ada la somebody tue makan tart ni sampai tak ingat kt orang..alih-alih dah abis..heheh.. dulu-dulu penah wat gak tapi tak tau la recipe letak kt ner dah ilang..almaklumlah baru pindah..xperlah nnti dh jumper i will share ngan u all..adios amigos!

Thursday, October 9, 2008

Projek Damansara 21 Boleh Diteruskan

Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR : Pemaju projek Damansara 21 di Bukit Damansara, SDB Damansara Sdn. Bhd. memaklumkan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menarik balik arahan berhenti kerja yang dikeluarkan pada April lalu.
Dengan keputusan itu, SDB kini boleh meneruskan kerja-kerja pembangunan yang telah dirancangkan di kawasan itu, yang sebelum ini mendapat bantahan daripada penduduk sekitar berhubung tahap keselamatan cerun di kawasan projek itu.
Pengarah Urusan SDB Damansara, Teh Lip Kim berkata, kelulusan itu membolehkan SDB meneruskan perancangan untuk meningkatkan tahap keselamatan cerun dan menyempurnakan pembangunan projek tersebut.
Menurutnya, kawasan untuk projek Damansara 21 telah diperoleh pada 2005, bersekali dengan Arahan Pembangunan (DO) dan Pelan Bangunan untuk 25 unit banglo dan sebuah rumah kelab.
Katanya lagi, selepas tanah itu dibeli, konsep pembangunan itu telah dirombak dan kepadatannya telah dikurangkan kepada hanya 21 unit.
Sebelum bermulanya projek itu, kata beliau, SDB telah mematuhi kesemua proses ketat untuk memastikan kesemua kelulusan dipenuhi sebelum menjalankan kerja-kerja di tapak.
Beli
"Kami telah membeli tanah itu dengan DO asalnya sekali dan juga telah mematuhi kelulusan yang diberikan oleh kesemua 16 jabatan dan agensi di bawah pemerhatian sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan," tambahnya.
Katanya, antara jabatan yang dimaksudkan ialah Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan, Pusat Penyelidikan Tanah Runtuh Negara dan Jabatan Pengairan dan Saliran.
Menurutnya, kelulusan dan maklum balas daripada kesemua jabatan itu diperoleh dalam tempoh 20 bulan.
Selepas itu, DO yang telah diperbaiki itu diluluskan dan diserahkan kepada DBKL pada Februari 2007, ujarnya.
SDB, katanya, maklum bahawa sebilangan penduduk di kawasan sekitar telah menyuarakan bantahan mereka mengenai projek itu dan syarikatnya telah melayan semua pihak termasuk penduduk dan pihak berkuasa secara terbuka dan telus.
Mengenai penyiasatan Badan Pencegah Rasuah berhubung laporan yang dibuat oleh penduduk Medan Damansara, Lip Kim menegaskan bahawa pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti yang telah diamalkannya dengan pihak berkuasa tempatan, negeri dan Persekutuan sebelum ini.
"Jemputan terbuka kami kepada penduduk untuk datang dan menyaksikan sendiri dokumen kelulusan dan pelan pembangunan serta menghadiri mesyuarat tapak mingguan kami adalah bukti tentang ketelusan yang kami amalkan.
"Tiada apa-apa yang hendak kami sembunyikan kerana kami yakin proses dan prosedur kami telah mematuhi syarat," tegasnya.
mysacRedHeart wrote : harap lepas nie xder lagi kes2 tanah runtuh kat kawasan nie. Pembangunan itu perlu namun jgn diabaikan keselamatan penduduk dan alam sekitar. Harap Pihak Berkuasa Tempatan tidak mengabaikan kesemua aspek ini sebelum meluluskan sesuatu projek..

Thursday, August 21, 2008

Cabar Anwar Bersumpah

Utusan Malaysia
Oleh ABDUL YAZID ALIAS

SHAH ALAM 20 Ogos – Dewan Pemuda Pas Selangor mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melakukan sumpah laknat jika beliau di pihak yang benar.
Ketuanya, Sallehen Mukhyi berkata, ia merupakan langkah terbaik bagi bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk menyelesaikan masalah peribadinya sekali gus membersihkan namanya.
Beliau berkata, semua pihak harus menerima baik sumpah laknat bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang berbuat demikian kerana mahu menjaga nama baik diri dan keluarga.
“Terdapat dua cara untuk menyelesaikan kes ini sama ada pihak penuduh mengemukakan bukti kukuh di mahkamah atau tertuduh (Anwar) sendiri membuat pengakuan.
“Namun, sekiranya Anwar merasakan beliau tidak bersalah, beliau boleh membuat pengakuan di mahkamah ataupun membuat sumpah laknat... terpulang kepadanya,” kata Sallehen ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas desakan pelbagai pihak yang mahu Anwar, calon PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, berhenti mempertikaikan sumpah laknat Mohd. Saiful yang dilafazkan pada 15 Ogos lalu.
Menurut Sallehen, tindakan Mohd. Saiful, 23, itu dapat dilihat sebagai salah satu cara yang membolehkan beliau memberitahu masyarakat bahawa dakwaannya mengenai perbuatan liwat Anwar adalah benar..

mySacredHeart wrote : Berani ke si dia bersumpah??? sama-samalah kita tunggu... berani tegakkan kan kebenaran ke ataupun berani menyanggah kebenaran..wallahualam

Wednesday, August 20, 2008

Sumpah Saiful Bukhari Azlan


(Mohd Saiful Bukhari Azlan disamping ayahnya)


“Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan Nombor Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut.
"A'uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya. "
“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah S.W.T sehingga ke kiamat. Wallahualam."

Lafaz sumpah ini dilafazkan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Dewan Solat Utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada jam 6.30 petang, 15 Ogos 2008.


mySacRedHeart wrote : Siapakah boleh mempertikaikan lafaz sumpah yang dibuat Saiful Bukhari Azlan ini? Mampukah dan beranikah kita melafazkan sumpah sebegini dan akan dilaknat jika ianya tidak benar? Adakah kita masih lagi tidak mempercayainya?? pikirlah sendiri..

Friday, August 15, 2008

Kemarahan Pelajar UiTM Semakin Memuncak


Uitm Dihatiku !

Utusan Melayu

KUALA LUMPUR - Kemarahan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) ekoran isu membuka institusi itu kepada pelajar bukan bumiputera terus memuncak apabila lebih 20,000 lagi pelajar mengadakan bantahan di seluruh negara.

Rata-rata pelajar dari enam kampus cawangan UiTM di beberapa negeri di Semenanjung kesal dengan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana sanggup mengemukakan syor itu yang dianggap menjual maruah bangsa di tanah air sendiri.

DI IPOH, 9,812 pelajar dari kampus UiTM Seri Iskandar di sini berarak ke bangunan pentadbiran untuk menyampaikan memorandum bantahan yang ditandatangani mereka kepada Pengarah Kampus, Prof. Dr. Abdullah Mohamad Said.

Memorandum itu akan disampaikan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaludin, esok.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Seri Iskandar, Abdul Qaiyum Abdul Razak ketika ditemui pemberita menegaskan:

''Kalau Khalid tidak tarik balik kenyataan beliau, semua warga UiTM akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Shah Alam.

''Kami orang Melayu akan terus mempertahankan hak kami walaupun terpaksa menggadaikan nyawa. Jangan bermain api dengan hak orang Melayu."

DI ARAU, 5,000 pelajar dari kampus UiTM di sini berhimpun secara aman diketuai Naib Yang Dipertua MPP UiTM Perlis, Ahmad Faiq Ahmad Fuat.

Ahmad Faiq berkata, pihaknya akan menyerahkan memorandum ditandatangani oleh pelajar universiti itu kepada Pengarah Kampus UiTM Perlis sebelum diserahkan pula kepada Naib Canselor UiTM.

"UiTM sahaja yang kita (orang Melayu) ada untuk dibanggakan. Kita seharusnya berusaha untuk mempertahankan apa yang kita miliki, bukan menjahanamkannya pula," katanya ketika ditemui selepas perhimpunan berakhir.

DI BANDAR JENGKA, 3,000 pelajar UiTM cawangan Pahang diketuai oleh Yang Dipertua MPP UiTM negeri, Mohd. Shafie Absari berarak membantah cadangan Abdul Khalid yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa.

''Kami kesal Menteri Besar berbangsa Melayu ini sanggup bertindak sebagai ejen pihak lain dalam usaha menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di universiti ini,'' tegasnya.

Mereka menyerahkan nota dan tandatangan bantahan kepada Pengarah Kampus UiTM Pahang, Prof. Madya Hilmi Ab. Rahman untuk disampaikan kepada Abdul Khalid.

DI MELAKA, lebih 2,000 pelajar UiTM cawangan Lendu mengadakan perhimpunan serupa diketuai Yang Dipertua MPP kampus, Mohd. Lokman Hakim Hamidon.

''UiTM tembok pertahanan untuk Melayu,'' katanya ketika ditemui selepas perhimpunan.

Perhimpunan berakhir selepas Mohd. Lokman menyerahkan memorandum yang ditandatangani oleh pelajar kepada Pengarah Kampus tersebut, Prof. Madya Dr. Mizan Hitam. Perhimpunan bersurai kira-kira sejam kemudian.

DI SUNGAI PETANI, Kedah, 700 pelajar UiTM cawangan Merbok, mengadakan perhimpunan secara aman di Dataran Ilmu diketuai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Kedah, Mohd. Nor Syafiq Abdul Majid.

Pada perhimpunan tersebut, MPP UiTM Kedah turut menyerahkan memorandum yang ditandatangani oleh pelajar kepada Pengarah Kampus, Profesor Madya Dr. Zaliha Hussin untuk dipanjangkan kepada pihak pengurusan.

DI KUALA TERENGGANU, lebih 500 pelajar UiTM di sini turut mengadakan demonstrasi diketuai Yang Dipertua MPP, Mohamad Asri Mohamad Yusoff.

''Abdul Khalid cuba membuka ruang kepada bukan bumiputera mencerobohi institut pengajian tinggi yang ditubuhkan kerajaan untuk golongan bumiputera,'' katanya.

Kelmarin, lebih 5,000 pelajar UiTM di kampus induknya di Shah Alam mengadakan demonstrasi secara aman, diikuti 5,000 pelajar UiTM cawangan Machang, Kelantan.

MysacRedHeart wrote : MB Selangor sudah 'panas' dengan isu ini..apalagi alasannya lepas nie.. sebelum ni media dipersalahkan pulak..sekarang sumer orang dah tahu sape yang betul2 kaca dan permata...kita tengok apa kesudahannya nanti. Jangan sampai rakyat terseksa dan merana sudah..

Thursday, August 14, 2008

Uitm : Khalid Enggan Mohon Maaf

Utusan Melayu
SHAH ALAM 13 Ogos – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan memohon maaf kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) berikutan cadangannya supaya universiti itu membuka 10 peratus kemasukan pelajar kepada penuntut bukan bumiputera dan asing.
Katanya, beliau tidak akan memohon maaf kerana berpendirian cadangan yang dikemukakannya itu bukan untuk mempersoalkan hak istimewa bumiputera dan penubuhan UiTM.
Sebaliknya, ia merupakan pandangan daripada kerajaan negeri bagi mempertingkatkan mutu dan kualiti pendidikan tinggi termasuklah di UiTM selain mahu membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada pelajar Melayu serta bumiputera Sabah dan Sarawak.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini, Abdul Khalid menyalahkan pihak tertentu termasuk media yang dituduhnya sengaja “mencetuskan perkara itu yang menjurus kepada isu perkauman”.
“Kita bukan hendak minta maaf tetapi hanya untuk menerangkan perkara ini. Saya tidak bermaksud untuk mempertikaikan hak orang Melayu dan bumiputera lain serta tujuan UiTM ditubuhkan di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
“Oleh itu, saya harap isu ini tidak lagi dipanjangkan dan UiTM tidak perlu lagi menumpukan kepada isu kuota ini tetapi memberi fokus kepada usaha meningkatkan taraf dan kemudahannya untuk menjadi sebuah universiti yang disegani,” ujar beliau.
MysacRedHeart Wrote : Tak payah nak mintak maaf, kalo mintak maaf pun belum tentu akan ada orang sanggup maafkan kalo tak ikhlas kan??? Tak payah nak putar belitkan cerita dan salahkan media pulak untuk menutup kesalahan sendiri. Masyarakat pun sekarang ni dah nampak kebenarannya..berani kerana benar, takut kerana salah.. (golongan Yang tak berani kerana benar pun ade)..

Wednesday, August 13, 2008

Pelajar UiTM berarak protes - Serah memorandum bantah keras cadangan Menteri Besar Selangor


Utusan Melayu
Oleh AZIAN AZI
Z
SHAH ALAM 12 Ogos – Lebih 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berarak sejauh dua kilometer di sini hari ini untuk membantah keras cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar universiti itu dibuka kepada bukan bumiputera.

Kumpulan pelajar itu yang sebahagian besarnya memakai kemeja-T berwarna hitam mula berkumpul di Dataran Shah Alam pada pukul 9 pagi sebelum berarak sambil memegang sepanduk menuju ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Sebaik tiba di luar pagar utama bangunan SUK yang menempatkan pejabat Abdul Khalid, mereka berdemonstrasi selama sejam.

Di samping menyanyikan lagu rasmi UiTM, mereka turut mengangkat sepanduk, antaranya bertulis ‘Jangan rampas hak kami’ dan ‘Selamatkan UiTM’.

Perhimpunan itu berakhir selepas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Luqmannulhakim Mohamad Idris yang mengetuai perhimpunan menyerahkan memorandum tujuh muka surat kepada pegawai SUK, Hasril Abu Hassan untuk disampaikan kepada Menteri Besar Selangor.

Luqmannulhakim ketika ditemui pemberita berkata, kandungan memorandum itu merakamkan rasa kesal para pelajar UiTM terhadap cadangan Menteri Besar kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas itu.

Menurut beliau, memorandum tersebut turut menyatakan wujud unsur politik dalam cadangan yang dikemukakan oleh Abdul Khalid.

Para pelajar UiTM meminta kerajaan negeri tidak lagi membincangkan cadangan tersebut sekiranya ia bertujuan semata-mata untuk meraih undi pelbagai kaum.

“Janganlah dipolitikkan UiTM kerana penubuhan universiti ini telah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk bumiputera demi membantu menaikkan taraf ekonomi mereka,” katanya.

MysacRedHeart wrote : Dgr citer MB Sgor xder maser dorg bagi memorandum tue..dia p maner ek..takut ke nk face2face ngan bebudak uitm tue ..yg peliknyer kt Wilayah leh sibuk2 interfere psl isu Draft Plan kt Kg Baru tu tapi kt negeri cndiri x nampak muka pung...aderla tue projek ngan Teressa kot..macam2 yg berlaku skg nie..yg Melayu makin nk menjatuhkn Melayu bukan nk mempertahankn bangsa cndiri. Mysacred sedih dgn bende2 cm nie..n sometimes rase cm takut pun ader, takut satu hari nnti org Melayu lenyap di bumi cndiri..


Monday, August 11, 2008

Uitm untuk bukan Bumiputera

Khalid setuju UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera


Berita Harian

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setuju Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang ditubuhkan untuk melahirkan lebih ramai profesional Bumiputera khususnya Melayu, dibuka kepada bukan Bumiputera.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya sekurang-kurangnya 10 peratus kuota kemasukkan pelajar baru ke UiTM setiap tahun diperuntukkan kepada bukan Bumiputera dan pelajar antarabangsa.

Abdul Khalid berkata, langkah itu bersesuaian dengan perubahan dunia pendidikan di negara ini selain pendedahan awal kepada pelajar UiTM supaya lebih mesra dengan kaum lain.

"UiTM diwujudkan untuk meningkatkan pembabitan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam bidang pendidikan dan usaha ini perlu diteruskan.

"Bagaimanapun, UiTM perlu lebih bersikap global untuk memastikan siswazah UiTM lebih mesra dengan masyarakat berbilang kaum di negara ini," katanya selepas melepaskan peserta Larian Shah Alam-Adidas King of The Road 2008 di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, beliau setuju dengan pandangan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, yang berpendapat tidak salah bagi UiTM dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera.

Abdul Khalid diminta mengulas laporan yang mendakwa ada cubaan pihak tertentu yang mengajak pengurusan tertinggi UiTM berbincang bagi membuka peluang kepada bukan Bumiputera memasuki universiti itu.

Pendedahan itu dibuat beberapa bekas pelajar dan ahli Pemuda Umno Shah Alam minggu lalu yang mendakwa adanya usaha mengajak pihak UiTM berbincang secara tertutup cadangan membawa masuk bukan Bumiputera ke UiTM.

mySacRedHeart wrote : Kalo dah bagi 10% utk non bumi apa keistimewaan jadi bumiputera ni.. dah tak ader beza lagi dah..berlambak lagi IPTA kat Msia ni yang open kat sume kaum..tapi jgn la sampai kacau uitm yg mmg khas ditubuhkan utk org melayu dan bumiputera Sabah/Sarawak..nak bersikap global pun tapi janganlah sampai 'maruah dan identiti' tergadai..Walaupun ianya hanyalah cadangan tapi ianya tidak harus dipandang ringan. Jangan jadi Melayu di luaran sahaja tapi di hati kosong...

p/s : Igt lagi dulu Uitm hanyalah ITM...yg maintain menara je la..

Uitm di hatiku

Monday, August 4, 2008

Aduhai Permatang Pauh

Piliharaya datang lagi, kali ini pilihanraya kecil akan diadakan di Permatang Pauh. Pakatan Rapuh yang diwakili oleh DSAI telah menamakan diri sendiri sebagai calon untuk bertanding di kawasan tersebut.. BN belum lagi umum siapakah calon yang layak bertanding. Sama-samalah kita tunggu masa penamaan calon nanti ek. DSAI memilih tempat sendiri utk bertanding. Kenapa tidak di BTR atau di L.Pantai?? Ada juga pendapat mengatakan dia ingin bertanding supaya ianya mengalih perhatian umum berkaitan kes liwat yg sedang dihadapinya skg...ermm entahla.. Kenapa tidak dari dulu lagi. Mungkinkah ada muslihat disebaliknya...jeng jeng jeng. Kita tengok dan lihat bagaimana kesudahannya nanti..Kawan-kawan di Utara berdebar2 menanti pilihanraya kecil ini...adakah DSAI akan berjaya atau kecundang?? Aduhai Permatang Pauh tunggu saja kami datang..

'Dari jauh kami datang
Membawa kasih sejuta harapan
Dulu Ijok kini Permatang
Jangan diulang kesilapan'

mySacredHeart wrote : tak penah g permatang pauh pung, paling jauh pun Kulim !!

Friday, July 18, 2008

Antara Anwar dan Ahmad Shabeery

Mysacred yakin ramai yg tak lepas peluang tgk debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek (DASC) ngan DSAI baru-baru ini. Kalo nk diikutkan Mysacred mmg jarang nk duduk depan tv lame2 cam aritu, tapi disebabkan nak tgk sejauh mane kehebatan kedua dua org tokoh pada malam tu membuatkan Mysacred begitu tekun mendengar setiap hujah yang disampaikan.
Jelas sekali DSAI hanya pandai memainkan sentimen kebajikan rakyat utk menguatkan hujah nya, Manakala DASC banyak mengeluarkan fakta-fakta yg sahih utk menyatakan kebenaran kpd rakyat (tindakan kerajaan adalah untuk kesenangan di masa hadapan untuk dinikmati generasi seterusnya).
Kalo nak diikutkan latarbelakang di antara kedua tokoh ini mmg la jauh beza. DSAI mempunyai byk pengalaman lebih-lebih lagi pernah memegang jawatan Menteri Kewangan satu ketika dulu, dan DASC baru beberapa bulan memegang portfolio sebagai Menteri Penerangan.
Namun Mysacred ingin memberi credit kepada Menteri Penerangan ini yang mana beliau begitu berani tampil kehadapan berdebat dengan DSAI untuk menyatakan pendirian kerajaan. Pemikiran yang sempit dan kurangnya pengetahuan membuatkan golongan yang menyokong 100% terhadap segala KENYATAAN dan PERBUATAN yang keluar dari/oleh DSAI ini antara punca mereka menjadi fanatik.
Mungkin ada golongan yang tidak faham dengan fakta-fakta yang dinyatakan oleh DASC kerana golongan ini tidak tahu dan tidak faham mengenai Economy (Mysacred pun bukannya mahir sgt pun tapi penah la blajaq pasai economy ni dulu) tetapi sikap tidak mahu tahu ini menjadi sebab rakyat tidak puas hati terhadap tindakan kerajaan dan seterusnya memPROTES.
Apalah nak jadi dgn rakyat sekarang ini. Yang terpengaruh kebanyakkannya golongan muda yang merupakan pelajar IPT yang tidak berfikir panjang.
MySacredHeart Wrote : Rakyat seharusnya lebih bertanggungjawab untuk meringankan beban yang ditanggung kerajaan dan harus mahu TAHU dan mahu FAHAM tentang kitaran ekonomi pada masa sekarang.

Thursday, July 10, 2008

Popular vs Tanggung Jawab

Sejak kerajaan mengumumkan kenaikkan harga petrol baru-baru ini, segenap lapisan masyarakat masih memperkatakan isu ini. Ada yang memahami tindakan kerajaan ini dan ada yang menyelar. Kebanyakkan yang menyelar adalah golongan yang sengaja mencari isu untuk menjatuhkan kerajaan walaupun mereka sebenarnya tahu kenapa kerajaan berbuat demikian dan golongan ini cuba mengeluarkan dakyah yang tidak benar untuk mempengaruhi golongan yang tidak berpengetahuan tentang kitaran ekonomi dunia. Rakyat harus sedar dengan tindakan kerajaan yang terpaksa berbuat demikian ekoran kenaikan harga minyak dunia. Kerajaan masih lagi mengekalkan pemberian subsidi kepada rakyat bukannya menarik balik subsidi yang diberikan selama ini. Cuba lihat di negara-negara luar yang mengalami kesan kejatuhan yang teruk akibat keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.
Tindakan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) yang mengadakan perhimpunan satu juta rakyat baru-baru ini hanyalah propa semata-mata yang inginkan publisiti murahan. Sama la juga dengan negara Venezuela yang tidak berfikir panjang dan sanggup menjual nama untuk meraih popularitii. Umum mengetahui Venezuela adalah pengeluar minyak utama di dunia yang pada dahulunya mengeluarkan 5 juta tong sehari. Namun pada tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah pengeluaran minyaknya berkurangan sehingga 2.5 juta tong sehari. Negara ini lebih mementingkan populariti dengan memberikan sebanyak mana subsidi kepada rakyatnya sehingga harga minyak hanya bernilai 30 sen seliter. Mungkin cara ini dianggap dapat membantu rakyat Venezuela , namun semuanya berubah apabila negara ini yang tidak mengamalkan Dasar Pertanian dan hanya mengimpot makanan daripada luar negara semakin menjerat leher rakyat sendiri. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya inflasi dan harga makanan menjadi terlalu tinggi sehinggakan rakyatnya tidak mampu untuk menanggung kos sara hidup yang terlalu tinggi. Apalah gunanya populariti, yang merana adalah rakyat sendiri. Renung-renungkanlah.

Pas mahu selesai cara bermoral

Sinar Harian
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Pas, Salahuddin Ayub menegaskan apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim diharapkan dapat diselesaikan secara bermoral dan tidak mencetuskan keluh-kesah di kalangan rakyat dengan terlalu banyak surat-surat akuan bersumpah yang boleh disalahgunakan oleh mana-mana pihak. Beliau juga berharap agar Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin dapat menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja secepat yang mungkin untuk memulihkan keadaan seperti sedia kala. Menjawab pertanyaan wartawan sama ada Pas masih lagi bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau menjelaskan mereka masih memupuk kerjasama dan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Kalau kita percaya pada sistem perundangan hari ini, biarlah sistem yang ada ini dipertegaskan dan saya mengulangi sekali lagi bahawa saya tidak mengizinkan mana-mana kuasa asing untuk masuk campur dalam hal ini,” jelasnya pada media di Lobi Parlimen, semalam. Dalam pada itu, beliau turut menyatakan sekiranya sistem perundangan Malaysia lemah dan tidak berupaya, biarlah rakyat sendiri yang membuat penentuan dan penyelesaian bukannya kuasa asing. “Jadi, saya harapkan dengan adanya Suruhanjaya Siasatan DiRaja ini, kes ini dapat diselesaikan dengan segera. “Sebab saya mengesyorkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menangani kes ini adalah kerana sejarah penubuhan siasatan ini telah menyelesaikan banyak perkara,” jelasnya. Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas lanjut perihal cadangan agar Anwar bermubahalah atau bersumpah, Salahuddin menjelaskan bahawa beban di sebalik bermubahalah itu kepada pihak yang menuduh dan bukannya yang dituduh. Terdahulu, Mufti Perlis, Dr Mohd. Asri Zainul Abidin mencadangkan agar Anwar dan pembantunya yang membuat laporan polis mendakwa dia diliwat oleh Anwar bermubahalah sebagai mencari penyelesaian kepada isu liwat itu yang kini semakin meruncing dan dibicarakan orang ramai. Salahuddin turut meminta agar perkara ini disiasat dan diselesaikan setelus-telusnya. “Sekiranya pihak polis tidak dapat menyelesaikan siasatan itu kerana berkemungkinan melibatkan karenah birokrasi atau hal-hal tertentu, maka sekali lagi, saya rasa perkara yang relevan ialah dengan Penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyelesaikan masalah ini,” jelasnya lagi. Ketika diminta mengulas lanjut mengenai insiden kurang bermoral yang mencemarkan imej PR pada persembahan sempena perhimpunan Protes Sejuta Rakyat di Stadium Kelana Jaya kelmarin, beliau menjelaskan bahawa adegan tercemar itu telah dibantah sekeras-kerasnya. “Bukan Pemuda Pas sahaja yang membantah, sebaliknya semua orang pun merasa terkilan dengan kumpulan Carburator Dung, hanya itu sahaja insiden yang mencemarkan hari tersebut. “Jadi saya rasa untuk meletakkan kesilapan sepenuhnya kepada pihak penganjur adalah tidak adil,” jelas Salahuddin. Beliau menambah akan membuat perbincangan dan bersedia untuk melihat dan mencari muhasabah yang diperlukan agar lebih berhati-hati dengan agenda dan aktiviti yang akan dianjurkan pada masa akan datang.

Tuesday, June 10, 2008

Pengundi Melayu Tanggung Padah

Utusan Melayu
KUALA LUMPUR 9 Jun - Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi percaya orang Melayu di Selangor kini mula sedar bahawa mereka terpaksa menanggung padah kerana salah memilih kerajaan.
Menurut beliau, ini berikutan keputusan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam di negeri itu.
Beliau berkata, walaupun Menteri Besar Selangor beragama Islam tetapi tidak mempunyai kuasa sebaliknya keputusan yang diambil ditentukan oleh barisan Exco negeri itu.
''Apabila kerajaan campuran PKR, DAP dan Pas memerintah Selangor, bidang kuasa adalah di tangan Exco kerana kekuasaan dan keputusan ditentukan oleh mereka,'' katanya.
Ahmad Zahid mengulas keputusan kerajaan negeri Selangor untuk menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam yang tidak boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi.
Ia diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Dr. Xavier Jayakumar bersama Pengerusi Tetap Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Ronnie Liu.
Menurut beliau, sebelum ini kerajaan negeri Selangor telah memberikan jaminan untuk melaksanakan sistem akidah Islamiah.
''Tetapi apa yang boleh dilakukan melainkan terpaksa bersetuju kerana suara mereka hanyalah suara minoriti.
''Cuma saya ingin beritahu orang Islam di Selangor, itulah harga mahal yang terpaksa mereka bayar kerana salah memilih kerajaan,'' katanya.
Beliau yang juga adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Kerajaan Pusat tidak mempunyai bidang kuasa untuk campur tangan dengan keputusan kerajaan campuran negeri Selangor itu.
Menurutnya, keluasan sesuatu rumah ibadat bukan Islam hanya ditentukan oleh kerajaan negeri dengan melalui pihak berkuasa tempatan.
Kata beliau, wujud satu garis panduan khas kerana Islam adalah agama rasmi negara dan mempunyai garis panduan tertentu tanpa mengetepikan agama lain.
mySacRedHeaRt wrote : Rakyat Negeri Selangor khususnya orang Islam tidak dapat berbuat
apa-apa apabila peraturan ini telah dihapuskan. Tidak mustahil satu
lagi 'Sleeping Buddha' wujud, bukan di Kelantan tapi di Selangor.
Agak-agaknya kat mana dorang nak letak ek??

Elaun Keraian Menteri , Timbalan Dikurangkan 10%


PUTRAJAYA 9 Jun – Elaun keraian Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri dikurangkan sebanyak 10 peratus bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan ekoran kenaikan harga petrol dan diesel.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pengurangan elaun itu akan bermula 1 Julai ini.
“Kerajaan turut merasai keperitan rakyat dan merasakan pucuk pimpinan hendaklah menunjukkan teladan yang baik dalam menghadapi cabaran ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Membanteras Inflasi di pejabatnya di sini hari ini.
Ketika ini, elaun keraian bulanan bagi Perdana Menteri ialah RM18,865, Timbalan Perdana Menteri (RM15,015), menteri (RM12,320) dan timbalan menteri (RM6,000).
Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, tugas rasmi menteri-menteri ke luar negara juga akan dihadkan kepada persidangan dan mesyuarat antarabangsa.
Katanya, untuk tugasan itu, menteri hanya layak diiringi tiga orang pegawai kementerian, manakala timbalan menteri hanya dibenarkan membawa tiga orang pegawai.
“Pegawai yang hadir hendaklah terlibat secara langsung dengan tugas yang dipertanggungjawabkan.
“Ketua Setiausaha Kementerian tidak dibenarkan menyertai bersama dalam rombongan menteri untuk tugas rasmi di luar negara kecuali bagi mesyuarat berjadual tertentu,” katanya.