Saturday, August 1, 2009

PERHIMPUNAN GERAKAN MANSUHKAN ISA




mysacred sempat jugak tgk perhimpunan tadi kt jln tar tu sampai la ke raja laut...hish bukan nyer menyusahkan org2 lain yg tak berkaitan tapi jugak meyusahkan dan merugikan peniaga2 sekitar kawasan tersebut...org2 yg dtg dari jauh lagi kesian, niat nk shopping b4 pose tpi sebab bende ni pulang ngan tgn kosong hampa...mesti menyumpah sakan...yg peliknya bukannye ramai sgt pun org, yg ramainya reporter, mat pakistan/indon/bangla, mat saleh pun ader dicampur dgn org2 awam yg tak terlibat (sibuk nk tgk jer) dan mat rempit...yg pakai bju merah ISA tue pun x seberapa..havoc jer lebih..dorang ni mmg xder keje kot buat bende2 yg x bfaedah cmnie, pagi2 dh sibuk bkumpul... cuber buat aktiviti yg lebih sihat ckit, g bsenam ke bjogging ker ni tak, yg dorg suker kene sembur ngan polis sambil lari2, mcm sajer jer nak bseronok..x paham la ngan dorg nie...mysacred pun xpasai2 kene sembuq jugak....basah satu badan!!! tgk la gambaq2 yg sempat mysacred ambil tadi..







Tuesday, June 23, 2009

SRJK(T) Punya Hanya Seorang Murid

Bernama

Kisahnya semacam mustahil. Tetapi inilah hakikatnya: Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sungai Timah dekat Teluk Intan menempatkan seorang pelajar Tahun 6 iaitu K. Humah, seorang guru besar, seorang guru akademik, dan seorang guru sandaran.Ketika ditanya, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak akan menutup sekolah itu walaupun ia hanya mempunyai seorang murid.Beliau berkata kerajaan akan terus membiarkan sekolah dibuka walaupun terpaksa menempatkan 10 guru untuk mengajar seorang murid.Muhyiddin berkata dasar tersebut menunjukkan betapa baiknya kerajaan sedia ada.
"Jika boleh, pergilah ke sekolah lain tetapi kita tidak akan tutup. Nanti ada masalah politik," katanya.Keputusan untuk menutup sekolah terpulang kepada budibicara guru besar, kata Muhyiddin kepada para pemberita selepas makan tengah hari bersama diplomat yang menghadiri Persidangan Ketua-ketua Perwakilan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini Selasa.

Friday, May 15, 2009

Kisah Benar Seorang Tan Sri

hye sumer, dah lama rasanya x update blog nie...oklah entry kali ni mysacred nak share ngan kawan2 pasal kisah seorang Tan Sri yang mysacred dapat melalui email...sama2 kita renung2 kan :
Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan.. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,
Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.
Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?
Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun.. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.
Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.
Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.
Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?
Tan Sri: ............. ......... ......... ........ ........
Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan. Pendapat anda?

Thursday, April 9, 2009

Senarai Penuh Anggota Kabinet Malaysia 2009

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T Murugiah

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan:1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan:
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Ng Yen Yen
Timbalan:
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan:Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:
Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan:Datuk M Saravanan

Friday, March 27, 2009

Tahniah, Datuk Ahmad Shabery Cheek !

Tahniah kepada yang berjaya dalam pemilihan UMNO semalam yang menyaksikan ramai muka2 baru yang bersih. Adakah selepas ini rombakan besar besaran akan berlaku pada kabinet? semuanya terpulang kepada Datuk Seri Najib... Negeri Terengganu turut mempunyai wakil Majlis Tertinggi iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek (1377 undi) dan Datuk Seri Idris Jusoh (1275 undi).
Syabas diucapkan kepada Menteri Penerangan Malaysia yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman kerana berjaya dalam pemilihan kali ini. Semoga perubahan yang besar ini dapat mengembalikan semula kedaulatan UMNO yang menjadi tunjang kekuatan org melayu...mysacred mengharapkan agar pelapis2 muda dapat di latih dan diberi pengalaman dahulu sebelum diberi jawatan tertinggi supaya lebih bersedia utk memimpin negara kelak...para perwakilan telah bijak membuat keputusan yang rasional...

Friday, March 20, 2009

Hormati Keputusan Lembaga Disiplin

Segala keputusan Lembaga Disiplin Umno harus dihormati oleh semua pihak walaupun terdapat pihak yang merasakan keputusan itu boleh dirayu, kata ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim."Jika tidak dilaksanakan prinsip tersebut (berpegang kepada keputusan), kedudukan Umno pada masa depan akan dikhuatiri oleh pelbagai pihak sebagai suatu badan yang tidak mahu akur pada keputusannya sendiri walau apapun kepentingan yang telah terjejas dari pelbagai aspek dan kepentingan," katanya.Menteri Luar itu berkata apabila sesuatu keputusan diambil lembaga itu, adalah lumrah ramai ahli menzahirkan pelbagai reaksi pandangan dan pendapat.Katanya, MT tidak boleh dianggap sebagai mahkamah rayuan sedangkan fungsi keseluruhannya telah diberikan kepada lembaga berkenaan untuk menentukan prinsip-prinsip siasatan, fakta dan juga peruntukan di bawah perkara 10 (1), 10 (2) dan 10 (3) etika berkenaan."Rayuan memang boleh dibuat tetapi terserah kepada MT untuk membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Cek kepada Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan untuk program Bantuan Kemanusiaan kepada Rakyat Palestin di sini Khamis.Selasa lepas, Lembaga Disiplin Umno mengumumkan 15 daripada 29 ahli UMNO yang disiasat pihaknya didapati bersalah dengan kebanyakannya berkaitan dengan amalan politik wang.Antara yang menarik ialah apabila Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam didapati bersalah di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno dan dilarang daripada bertanding atau terpilih sebagai Timbalan Presiden UMNO.Ali, yang juga Naib Presiden Umno, berkata beliau telah membuat rayuan berhubung keputusan itu."Bagaimanapun, soal fakta akan tetap berada di dalam Lembaga Disiplin untuk memutuskan kerana soal berkenaan adalah soal yang berhadapan keadilan sosial dan politik yang dihadapi oleh Umno," kata Rais.

Saturday, March 7, 2009

Tengku Adnan nafi campuri siasatan SPRM kes Setpol Menteri

Agenda Daily
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor percaya ada pihak sengaja ingin memburuk-burukkannya dan parti dengan penyebaran cerita kononnya beliau mencampuri urusan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes politik wang seorang Setpol Menteri. Sambil menafikan cerita itu, Tengku Adnan berkata, pihak terbabit mungkin menggunakan nama Setiausaha Agung sebagai manipulasi utama mengaburi kebenaran. Berdasarkan cerita yang tersebar,Setiausaha Agung UMNO itu dikatakan menghubungi pegawai atasan dalam SPRM berkaitan penahanan setiausaha politik menteri terbabit atas tuduhan menerima suapan sehingga RM70,000. Tengku Adnan menafikan membuat panggilan tersebut malah tidak mencampuri urusan dalam SPRM sama ada menahan atau menyiasat ahli-ahli parti termasuklah pembantu kepada Menteri sekali pun. UMNO katanya tidak akan campur tangan dalam urusan berkaitan pelaksanaan tugas dan siasatan yang dilakukan oleh SPRM walaupun dikatakan melibatkan sejumlah kes adalah dari kalangan ahli UMNO..

Wednesday, March 4, 2009

Sidang terbuka di luar Dewan jatuhkan maruah institusi

Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang diadakan di bawah pokok hari ini telah menjatuhkan maruah institusi negara dan negeri yang rakyat warisi selama ini.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pakatan pembangkang akan bertindak dalam apa cara sekalipun, asalkan dapat berkuasa untuk memerintah negeri Perak.
"Tetapi saya percaya rakyat sudah muak dengan politik yang tidak habis-habis ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib pula menyifatkan tindakan pakatan pembangkang itu sebagai kerja gila.
"Perbuatan itu umpama orang pada zaman jahiliah yang bertindak seperti orang yang tidak siuman dan tidak boleh berfikir panjang.
"Tindakan mereka itu sebenarnya tidak berpandukan kepada Perlembagaan dan peraturan yang telah ditetapkan," katanya.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tindakan kumpulan ADUN itu memperlihatkan pakatan pembangkang cuba melaksanakan undang-undang rimba.
Katanya, pembangkang kini sudah mula menunjukkan siapa diri mereka sebenar kepada rakyat dengan menghalalkan apa sahaja asalkan dapat memerintah.
"Tidak pernah dalam sejarah DUN bersidang di bawah pokok dan ia seperti sebuah negara yang tidak bertamadun," katanya.
Sementara Majlis Peguam menyifatkan persidangan yang diadakan di bawah pokok tidak pernah berlaku dan tidak terdapat dalam Peraturan Mesyuarat.
Presidennya, Datuk S. Ambiga berkata, timbul persoalan sama ada sidang tergempar itu boleh dijalankan di luar bangunan kerajaan negeri atau tidak.
Jelasnya, ini kerana krisis politik di Perak itu tidak pernah berlaku dan melibatkan isu undang-undang yang kompleks.
"Amat sukar untuk membuat kesimpulan atau memberi pandangan muktamad mengenainya namun beberapa perkara boleh diperjelaskan secara prinsipnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Friday, February 20, 2009

PAS Kelantan Minta Ibrahim Ali Letak Jawatan

Bernama
PAS yang tidak berpuas hati dengan kelantangan anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang sering mengkritik parti itu meminta beliau meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen.Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan Ibrahim itu sebagai tidak mengenang budi.Beliau berkata sebagai wakil rakyat yang diberi peluang oleh PAS bertanding atas tiket parti itu pada pilihan raya umum 2008, anggota Parlimen Bebas itu tidak sepatutnya sering menghentam PAS seolah-olah beliau sahaja yang betul."Kalau dia bermaruah, dia boleh meletak jawatan," katanya kepada pemberita semasa ditemui pada majlis perasmian pecah tanah pembinaan Jambatan Pachor oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini, hari ini.Takiyuddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, berkata Ibrahim meminta untuk bertanding pada pilihan raya umum tahun lepas atas tiket PAS walaupun pemimpin PAS kawasan Pasir Mas ketika itu menolak cadangan itu."Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) telah memberi peluang kepada dia bertanding (atas tiket PAS) walaupun kita terpaksa membelakangi kehendak ahli di kawasan itu," katanya.Mengenai kemungkinan Ibrahim akan menawar diri untuk masuk PAS, beliau berkata terpulang kepada bekas anggota Majlis Tertinggi Umno itu berbuat demikian."Kita tidak buat tawaran kepada dia dan kita juga tidak pernah menolak kalau dia hendak masuk PAS, tetapi setakat ini dia tidak pernah meminta untuk masuk PAS," katanya.

Tuesday, February 17, 2009

Lagi Pemimpin PKR buat perangai

Kecoh sudah penyebaran gambar bogel Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong ader yg gelar adun Bukit teLANJANg... aduh sungguh memalukan...macamane pulak gambar ini boleh jatuh ke tangan org lain sedangkan gambar tersebut dirakam didalam rumah adun tersebut??takkan hantu yang tangkap gambar tu kot??? hahaha pikirla sendiri......pemimpin tertinggi Pakatan Rapuh pulak pejam sebelah mata, buat2 macam tak nampak kesan buruk nya terhadap rakyat...apa tunggu lagi letak jawatan je la...

Sunday, February 15, 2009

Keadilan

Utusan Malaysia
(Bisik-bisik Awang Selamat)

Ketika negara diwarnai banyak isu politik, kita seakan terlepas perhatian kepada banyak hal dan isu lain. Salah satu daripadanya ialah kes perbicaraan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berdasarkan pertuduhan, Anwar, 61, didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun tahun lalu. Beliau dituduh di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan. Sementara menunggu perbicaraan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dibebaskan dengan jaminan peribadi RM20,000.
Awang terpanggil menyentuh hal ini berikutan kenyataan Mohd. Saiful baru-baru ini, yang kesal dan kecewa dengan sikap Anwar cuba melengah-lengahkan perbicaraan. Menurut beliau, Anwar sering memberi pelbagai alasan sehingga memberi kesan terhadap kes tersebut.
Kenyataan Mohd. Saiful itu dibuat berikutan keputusan Mahkamah Tinggi menangguhkan prosiding yang sepatutnya didengar 5 Februari lalu kepada 25 Februari. Keputusan itu diambil selepas peguam bela Anwar mengemukakan notis bantahan supaya Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden digugurkan daripada mengetuai pasukan pendakwaan kes itu.
Anwar juga tidak hadir di mahkamah kerana dikatakan mempunyai urusan lain di Ipoh, Perak.
Awang tidak berhak dan tidak berminat campur tangan urusan mahkamah. Namun memandangkan kes tersebut menjadi perhatian umum, semua pihak harus lebih komited untuk menyegerakan perbicaraan sebenar kes tersebut.
Sejak aduan polis dibuat pada Jun dan diikuti Anwar dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan pada Ogos, tahun lalu, sehingga kini hampir tiada perkembangan yang signifikan kepada kes itu yang masih berlegar kepada isu permohonan semakan dan notis bantahan.
Jika begini keadaannya, mungkinkah perbicaraan sebenar akan bermula tahun depan dan ia sesuatu yang tidak mustahil tetapi Awang berharap tidak. Lagi lama kes ditangguhkan, lagi lama keadilan tidak dapat dilaksanakan terutama bagi pihak yang mahu menuntut keadilan.
Perlu diingat, ini bukan soal keadilan untuk Anwar semata-mata, ia juga keadilan untuk Mohd. Saiful, rakyat kecil yang juga ada hak berikutan aduan polis yang dibuatnya. Malah Mohd. Saiful telah tampil membuat sumpah laknat atau mubahalah di masjid mengikut ke hendak syarak. Itupun ada pihak yang cuba mencetuskan keraguan dan memperlekehkannya termasuk dari kalangan pemimpin Islam disebabkan sentimen politik. Anehnya, mereka ini lebih mudah percaya kepada individu yang membuat sumpah berkanun. Dalam kes Mohd. Saiful dan Anwar ini, masing-masing mendakwa di pihak yang benar. Maka usahlah gundah untuk diadili demi mencari kebenaran.

Saturday, February 7, 2009

Apa Dah Jadi??

Dah lama rasanya tak update blog nie..mysacred bukannya menghilang Jomosama, tapi pegi bercuti tenangkan fikiran...sejak mysacred takda macam2 dah berlaku sekarang ni ek...BN dah dapat merampas semula takhta kerajaan negeri Perak berikutan ranapnya 'Pakatan Rapuh' di sana. Masing2 berebut jawatan dan insentif sampaikan terpaksa bercakaran dan akhirnya pecah berderai...yang untung BN la kan..ndak apalah kalo itu yang dapat memberi kebaikan kepada rakyat Perak. Tapi apa kejadahnya Pembangkang ingin mengheret Sultan Perak ke mahkamah???? sungguh memalukan tindakan mereka ditambah lagi dengan rusuhan yang berlaku depan istana tadi...tak sangka begitu taksubnya penyokong2 pembangkang ni kan..di kedai2 makan org duk bercerita pasai isu ini, ada jugak mysacred dengar org mnyalahkan Sultan dalam hal ini, sultan tak adil lah, tak patutla, masing2 semuanya memberikan pendapat (panjang telinga jugak)...

Monday, January 26, 2009

Arif Shah tolak tawaran kerajaan PP


Utusan Malaysia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah menolak tawaran Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menganggotai Jawatankuasa Kebebasan Maklumat Negeri.
Arif Shah berkata, keputusan itu telah pun disampaikannya melalui sepucuk surat kepada Pengerusi jawatankuasa tersebut, Abdul Malik Kassim semalam.
“Saya bersetuju dengan arahan parti supaya menolak tawaran itu. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Exco kerajaan negeri, Abdul Malik yang menawarkan kepada saya untuk menganggotai jawatankuasa itu,” katanya ketika ditemui pada majlis silaturrahim sempena Hari Asyura dan penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal di Pusat Khidmat Datuk Arif Shah, Taman Pauh Jaya di sini semalam.
Pada majlis tersebut seramai 100 ibu tunggal menerima sekampit beras lima kilogram seorang. Arif Shah berkata, beliau menolak tawaran itu kerana beliau beranggapan jawatankuasa tersebut bermotifkan politik.

mySacredHeart Wrote : mungkin ada sesuatu agenda disebaliknya..

Sunday, January 18, 2009

Wan Ahmad Farid Hormati Keputusan Rakyat

Bernama :
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menghormati keputusan pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu yang memilih Mohd Abdul Wahid Endut daripada PAS sebagai wakil rakyat mereka.Biarpun "tersingkir" apabila tidak mendapat undi yang mencukupi untuk mewakili mereka ke Dewan Rakyat, beliau berterima kasih kepada rakyat yang memberikan sokongan kepada BN dalam pilihan raya kecil kerusi itu, katanya."Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu kali ini."Walaupun tidak cukup untuk memenangi pilihan raya kali ini, namun dalam masa yang sama saya akan berusaha untuk memastikan pengundi yang tidak mengundi BN kali ini akan mengundi BN pada masa akan datang," katanya kepada pemberita berhubung kekalahannya dalam pilihan raya kecil itu.
Wan Ahmad Farid yang kelihatan tenang turut mengucapkan terima kasih kepada jentera parti sama ada dari luar mahupun dari dalam yang telah berusaha keras membantu beliau.Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Mohd Abdul Wahid yang berjaya memenangi pilihan raya itu.Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata BN negeri menerima kekalahan itu dengan hati yang terbuka dan akan meneruskan perjuangan untuk memberikan khidmat yang baik kepada rakyat.
mySacRed wRote : Apa sebenarnya punca kekalahan BN di KT???ada jugak mysacred terdengar dari pengundi luar yang mengatakan dia akan mengundi untuk perubahan..bila tanya kau balik tak mengundi sabtu nie??? dia jawab mestilah balik, rugilah aku tak balik, dapat duit tue..lepas ngundi nanti aku pegila ambik duit kt pej umno walaupun aku tak pangkah BN..duit mesti ambik tapi bab memangkah ni suka hati aku la nak pangkah sape.dorang bukannya tahu aku pangkah sape, yang penting aku pangkah untuk perubahan, takbir!!! mysacred pun menggelengkan kepala ada jugak org mcm nie...mysacred rasalah pengundi luar yg macam ni la yg menyebabkan kekalahan BN di Kuala Terengganu...mana taknya dorang ni dah bersenang lenang dengan kemudahan yg ada di kuala lumpur ni tapi tak pikirkan nasib masa depan orang kampung sendiri. Sebelum BN dapat menawan Terengganu suatu ketika dahulu, kita semua dapat tengok betapa sugulnya pembangunan di sana, tetapi selepas BN merampas Terengganu begitu banyak pembangunan yang rakyat terengganu kecapi sehingga sekarang..apa la nak jadi ni..mungkin seramai 2,631 pengundi ni lah yang tidak pernah atau tidak pandai untuk mensyukuri nikmat yang tuhan berikan...dan diharapkan pengundi seramai 30,252 pulak tidak akan pernah berpaling arah....

Thursday, January 8, 2009

Israel Patut Dikenakan Sekatan, Kata Abdullah

Bernama
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Israel dikenakan sekatan antarabangsa kerana perbuatan tidak bermoralnya menyerang dengan kejam penduduk Gaza yang menyebabkan ramai yang terbunuh."Masyarakat antarabangsa perlu memasukkan pencabulan moral yang asas dalam senarai membolehkan sekatan antarabangsa dikenakan.
Apa yang dimaksudkan ialah kita harus memindahkan apa yang dianggap moral itu daripada berada di pinggir amalan antarabangsa hingga menjadi tumpuan," kata Perdana Menteri ketika merasmikan kampus baru Institut Diplomasi dan Hubungan antarabangsa (IDFR) di sini, Khamis.Katanya tindakan Israel menggunakan kekuatan tentera yang jauh berlebihan terhadap penduduk Gaza adalah satu perbuatan yang amat tidak bermoral."Saya tahu bahawa pada zaman ini, langkah mengaitkan moral dengan dasar luar agak ketinggalan.
Tetapi saya amat yakin bahawa etika dan sikap rasional mempunyai tempat dalam dasar luar sesebuah negara."Mana-mana negara yang terus memperjuangkan kepentingannya yang sempit tanpa mengambil kira hak negara lain, akhirnya akan rugi, tanpa rakan dan pakatan di saat yang memerlukan," kata Perdana Menteri.Abdullah berkata pendekatan dasar luar Malaysia adalah pragmatik dan berasaskan prinsip moral dan etika.Perdana Menteri juga mencadangkan pembentukan satu forum atau majlis mengenai hubungan luar dan diplomasi yang bebas dan khusus bagi menyediakan sokongan dan bantuan dalam meningkatkan kefahaman negara mengenai dunia.
Abdullah berkata badan itu mampu merangsang pemikiran inovatif mengenai isu dan pendekatan dasar luar bagi menyokong usaha kerajaan mendapatkan keadilan antarabangsa bagi keamanan dan kemakmuran semua negara.Apabila perlu, anggota majlis itu boleh dilantik sebagai wakil khas negara bagi misi tertentu, katanya.