Friday, February 21, 2014

PRK KAJANG- PENGUNDI DITIPU - ANTARA TANGGUNGJAWAB DAN KEPENTINGAN POLITIK PKR

Kerusi DUN Kajang kosong selepas Adun kawasan itu, Lee Chin Cheh dari PKR (PKR) meletak jawatan secara tiba-tiba pada 27 Januari lepas. Pakatan Rakyat telah menamakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon mereka untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang 2014. Para Pengundi Dun Kajang merasa tertipu dengan pencacai Aljuburi ini apabila dengan sengaja telah meletakkan jawatan tanpa mengira tanggungjawab yang digalasnya sebagai ADUN. Nampak sangat semasa PRU yang lepas segala janji-janji beliau untuk berbakti adalah harapan palsu kepada pengundi Dun Kajang. Penipu besar!! Sekarang telah jelas dan nyata mengenai niat Aljuburi dalam memimpin Pakatan Rakyat, Kepentingan peribadi dan Politik melebihi daripada segala-galanya.. Segala janji-janji manis kepada rakyat sudah tidak boleh diterima pakai lagi.
Piihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) N25 Kajang akan diadakan pada 23 Mac 2014 manakala hari penamaan calon ditetapkan 11 Mac. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata daftar pemilih sedia ada mengandungi 39,208 pemilih berdaftar.
Daripada jumlah pemilih berdaftar itu, 38,055 adalah pengundi biasa, 1,197 adalah pengundi awal dan bakinya iaitu 26 orang merupakan pengundi tidak hadir. Pengundian awal pilihan raya kecil DUN Kajang itu telah ditetapkan pada 19 Mac.

Friday, February 14, 2014

TAHNIAH PM!!!




DR. YUSUF AL-QARADAWI UTUS TAHNIAH KEPADA NAJIB
Ilmuan Islam terkemuka Prof Dr Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi mengutuskan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pelbagai sumbangan dan tindakan penting beliau untuk masyarakat Islam di seluruh dunia.

Ini termasuk lawatan Najib ke Gaza, pertemuannya dengan penduduk Palestin, pendirian beliau dalam isu Syria dan Mesir serta usaha perdana menteri untuk membantu umat Islam di Filipina dan Thailand.

Penghargaan presiden Kesatuan Ilmuan Islam Antarabangsa (IUMS) itu disampaikan kepada Najib oleh wakil khasnya Dr Ahmad Amer Ali, yang juga anggota jawatankuasa IUMS, pada pertemuan mereka di pejabat perdana menteri di sini Rabu.

Dr Ahmad tiba di bangunan Perdana Putra pada pukul 2.45 petang dengan diiringi bekas Timbalan Presiden PAS Dr Nasharuddin Mat Isa bagi menyerahkan surat al-Qaradawi kepada Najib.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan itu, Dr Ahmad berkata al-Qaradawi memuji kunjungan Najib ke Gaza untuk menunjukkan sokongan beliau kepada rakyat Palestin dan menyuarakan keyakinannya bahawa perdana menteri mampu memainkan peranan penting dalam menyatupadukan umat Islam di Asia Tenggara.

Dr Ahmad berkata al-Qaradawi juga memuji pendekatan Wasatiyah yang menjadi amalan Malaysia dan penubuhan Institut Wasatiyah Malaysia.

Katanya ulama Mesir itu masih ingat layanan baik yang beliau terima ketika berkunjung ke Malaysia untuk menerima anugerah "Tokoh Maal Hijrah 2009".

Dr Ahmad berkata al-Qaradawi berharap dapat berkunjung ke negara ini sekali lagi dalam tempoh terdekat, mungkin bulan depan.

Sementara itu, Nasharuddin berkata beliau difahamkan Dr Ahmad, yang merupakan sahabatnya, menyampaikan sendiri surat yang diutus al-Qaradawi kepada perdana menteri dalam pertemuan itu.

Kata Nasharuddin beliau difahamkan antara kandungan surat yang dibawa Dr Ahmad itu ialah keyakinan al-Qaradawi terhadap kemampuan perdana menteri dan parti pemerintah dalam mewujudkan penyatuan dan perpaduan ummah di Malaysia serta di seluruh dunia Islam.

"Saya difahamkan, secara spesifik, al-Qaradawi juga memuji lawatan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia baru-baru ini yang menyaksikan banyak kerjasama dan persefahaman dalam pelbagai isu dicapai.

"Al-Qaradawi ada menyebut bahawa Malaysia dan Turki sebenarnya adalah model negara Islam yang sederhana, yang sepatutnya menjadi contoh kepada dunia Islam keseluruhannya," kata beliau.


Nasharuddin berkata beliau berpendapat kenyataan al-Qaradawi berhubung penyatuan dan perpaduan ummah di negara ini serta di peringkat antarabangsa, adalah saranan yang bernas dan perlu mendapat respons semua pihak.