Friday, August 15, 2008

Kemarahan Pelajar UiTM Semakin Memuncak


Uitm Dihatiku !

Utusan Melayu

KUALA LUMPUR - Kemarahan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) ekoran isu membuka institusi itu kepada pelajar bukan bumiputera terus memuncak apabila lebih 20,000 lagi pelajar mengadakan bantahan di seluruh negara.

Rata-rata pelajar dari enam kampus cawangan UiTM di beberapa negeri di Semenanjung kesal dengan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana sanggup mengemukakan syor itu yang dianggap menjual maruah bangsa di tanah air sendiri.

DI IPOH, 9,812 pelajar dari kampus UiTM Seri Iskandar di sini berarak ke bangunan pentadbiran untuk menyampaikan memorandum bantahan yang ditandatangani mereka kepada Pengarah Kampus, Prof. Dr. Abdullah Mohamad Said.

Memorandum itu akan disampaikan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaludin, esok.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Seri Iskandar, Abdul Qaiyum Abdul Razak ketika ditemui pemberita menegaskan:

''Kalau Khalid tidak tarik balik kenyataan beliau, semua warga UiTM akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Shah Alam.

''Kami orang Melayu akan terus mempertahankan hak kami walaupun terpaksa menggadaikan nyawa. Jangan bermain api dengan hak orang Melayu."

DI ARAU, 5,000 pelajar dari kampus UiTM di sini berhimpun secara aman diketuai Naib Yang Dipertua MPP UiTM Perlis, Ahmad Faiq Ahmad Fuat.

Ahmad Faiq berkata, pihaknya akan menyerahkan memorandum ditandatangani oleh pelajar universiti itu kepada Pengarah Kampus UiTM Perlis sebelum diserahkan pula kepada Naib Canselor UiTM.

"UiTM sahaja yang kita (orang Melayu) ada untuk dibanggakan. Kita seharusnya berusaha untuk mempertahankan apa yang kita miliki, bukan menjahanamkannya pula," katanya ketika ditemui selepas perhimpunan berakhir.

DI BANDAR JENGKA, 3,000 pelajar UiTM cawangan Pahang diketuai oleh Yang Dipertua MPP UiTM negeri, Mohd. Shafie Absari berarak membantah cadangan Abdul Khalid yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa.

''Kami kesal Menteri Besar berbangsa Melayu ini sanggup bertindak sebagai ejen pihak lain dalam usaha menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di universiti ini,'' tegasnya.

Mereka menyerahkan nota dan tandatangan bantahan kepada Pengarah Kampus UiTM Pahang, Prof. Madya Hilmi Ab. Rahman untuk disampaikan kepada Abdul Khalid.

DI MELAKA, lebih 2,000 pelajar UiTM cawangan Lendu mengadakan perhimpunan serupa diketuai Yang Dipertua MPP kampus, Mohd. Lokman Hakim Hamidon.

''UiTM tembok pertahanan untuk Melayu,'' katanya ketika ditemui selepas perhimpunan.

Perhimpunan berakhir selepas Mohd. Lokman menyerahkan memorandum yang ditandatangani oleh pelajar kepada Pengarah Kampus tersebut, Prof. Madya Dr. Mizan Hitam. Perhimpunan bersurai kira-kira sejam kemudian.

DI SUNGAI PETANI, Kedah, 700 pelajar UiTM cawangan Merbok, mengadakan perhimpunan secara aman di Dataran Ilmu diketuai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Kedah, Mohd. Nor Syafiq Abdul Majid.

Pada perhimpunan tersebut, MPP UiTM Kedah turut menyerahkan memorandum yang ditandatangani oleh pelajar kepada Pengarah Kampus, Profesor Madya Dr. Zaliha Hussin untuk dipanjangkan kepada pihak pengurusan.

DI KUALA TERENGGANU, lebih 500 pelajar UiTM di sini turut mengadakan demonstrasi diketuai Yang Dipertua MPP, Mohamad Asri Mohamad Yusoff.

''Abdul Khalid cuba membuka ruang kepada bukan bumiputera mencerobohi institut pengajian tinggi yang ditubuhkan kerajaan untuk golongan bumiputera,'' katanya.

Kelmarin, lebih 5,000 pelajar UiTM di kampus induknya di Shah Alam mengadakan demonstrasi secara aman, diikuti 5,000 pelajar UiTM cawangan Machang, Kelantan.

MysacRedHeart wrote : MB Selangor sudah 'panas' dengan isu ini..apalagi alasannya lepas nie.. sebelum ni media dipersalahkan pulak..sekarang sumer orang dah tahu sape yang betul2 kaca dan permata...kita tengok apa kesudahannya nanti. Jangan sampai rakyat terseksa dan merana sudah..

3 comments:

WILAYAH KINI said...

Blog yang menarik. Teruskan usaha anda. Salam !

mySacRedHeaRt said...

thanks wilayahkini. Moga dengan sokongan rakan2 dpt memberi perubahan +ve pd blog ini..
thanks again.

Anonymous said...

menantu abdullah badawi
pernah cakap,
orang yang wat demonstrasi jalanan macam beruk,
jadi dak2 uitm neh?