Thursday, August 21, 2008

Cabar Anwar Bersumpah

Utusan Malaysia
Oleh ABDUL YAZID ALIAS

SHAH ALAM 20 Ogos – Dewan Pemuda Pas Selangor mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melakukan sumpah laknat jika beliau di pihak yang benar.
Ketuanya, Sallehen Mukhyi berkata, ia merupakan langkah terbaik bagi bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk menyelesaikan masalah peribadinya sekali gus membersihkan namanya.
Beliau berkata, semua pihak harus menerima baik sumpah laknat bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang berbuat demikian kerana mahu menjaga nama baik diri dan keluarga.
“Terdapat dua cara untuk menyelesaikan kes ini sama ada pihak penuduh mengemukakan bukti kukuh di mahkamah atau tertuduh (Anwar) sendiri membuat pengakuan.
“Namun, sekiranya Anwar merasakan beliau tidak bersalah, beliau boleh membuat pengakuan di mahkamah ataupun membuat sumpah laknat... terpulang kepadanya,” kata Sallehen ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas desakan pelbagai pihak yang mahu Anwar, calon PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, berhenti mempertikaikan sumpah laknat Mohd. Saiful yang dilafazkan pada 15 Ogos lalu.
Menurut Sallehen, tindakan Mohd. Saiful, 23, itu dapat dilihat sebagai salah satu cara yang membolehkan beliau memberitahu masyarakat bahawa dakwaannya mengenai perbuatan liwat Anwar adalah benar..

mySacredHeart wrote : Berani ke si dia bersumpah??? sama-samalah kita tunggu... berani tegakkan kan kebenaran ke ataupun berani menyanggah kebenaran..wallahualam

No comments: