Monday, January 26, 2009

Arif Shah tolak tawaran kerajaan PP


Utusan Malaysia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah menolak tawaran Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menganggotai Jawatankuasa Kebebasan Maklumat Negeri.
Arif Shah berkata, keputusan itu telah pun disampaikannya melalui sepucuk surat kepada Pengerusi jawatankuasa tersebut, Abdul Malik Kassim semalam.
“Saya bersetuju dengan arahan parti supaya menolak tawaran itu. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Exco kerajaan negeri, Abdul Malik yang menawarkan kepada saya untuk menganggotai jawatankuasa itu,” katanya ketika ditemui pada majlis silaturrahim sempena Hari Asyura dan penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal di Pusat Khidmat Datuk Arif Shah, Taman Pauh Jaya di sini semalam.
Pada majlis tersebut seramai 100 ibu tunggal menerima sekampit beras lima kilogram seorang. Arif Shah berkata, beliau menolak tawaran itu kerana beliau beranggapan jawatankuasa tersebut bermotifkan politik.

mySacredHeart Wrote : mungkin ada sesuatu agenda disebaliknya..

3 comments:

Anonymous said...

"Baik ada makna tuuuu" namun setiap permasalahan seharusnya dibincangankan terlebih dahulu dengan pelbagai pihak meskipun pada dasarnya tiada kesalahan dalam menerima jawatan dalam kerajaan pembangkang. Kita harus menghormati kepeutusan menolak perlantikan jawatan tersebut. Hati kecil yang nakal ini juga berdetik tiadakah insan di kalangan pembangkang yang lebih layak dan tahu menjalankan tugas dengan baik?

HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MANIKAM...

farah said...

hmmmmm betul tu..mungkin tiada lg org yg layak di kalangan mereka smpai tpksa berbaik ngan 'musuh' sendiri

Anonymous said...

Masyaallah...my sacredheart...
Mana pergi ni?? Takkanlah dah senyap terus, deman panas belum sembuh lagi ke atau kena demam angau...
Come on sister....keep up-dating ur blog...we will missed u until then...