Sunday, January 24, 2010

Mustapa Minta Ketepikan Sentimen Politik Dalam Rundingan Wang Ihsan

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta Kerajaan Kelantan mengenepikan sentimen politik dalam rundingan pemberian wang ihsan demi kepentingan dan kebajikan rakyat.Beliau berkata pemimpin PAS tidak harus mengamalkan konfrantasi politik berterusan tanpa mengira masa.
"Yang penting rakyat mendapat faedah dalam bentuk apa sekalipun," katanya kepada pemberita pada majlis penutup pertandingan boling Jabatan Pembangunan Persekutuan, di sini hari Ahad.Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menolak tawaran Kerajaan Pusat menyertai jawatankuasa rundingan pemberian wang ihsan yang akan diagih kepada rakyat dalam masa terdekat.
Mustapa berkata pemimpin politik perlu menggunakan pendekatan yang positif dalam menangani isu itu demi kepentingan rakyat.Tujuan kerajaan menjemput wakil kerajaan negeri menyertai jawatankuasa pengagihan wang ihsan itu memunjukan sikap terbuka Kerajaan Pusat demi untuk kepentingan rakyat negeri ini, katanya.
BERNAMA

7 comments:

Aura Gading said...

my sacredheart apasal lama sangat menyepi? mana idea2 bernas yang sebelum ni? bangkit lah cipta perubahan. jangan berkira sangat dalam buat kejer? jangan ingat nak datang lambat dan balik cepat jer. lepastu ingat nak claim cuti hari isnin jer. buat kejer biar ikhlas.jangan tau nak ambik makanan lepastu makan lambat.

mySacRedHeaRt said...

aura gading,
kata-kata mu itu sungguh pedih ditusuk sembilu...
sayugia dinyatakan bahawa dalam melayari dunia yang penuh pancaroba ini, mysacred hanyut dengan cita-cita yang menggunung tinggi(almaklumla nak jadi jutawan sebelum umur 40thn)...mmg buat keje kene ikhlas, jgn berkira, tpi macamana kalo dah buat keje tapi berkira2 nak bayar???? bile org dah berkira2 nk bayar, kita pun berkira2 la nak keje, cuti hujung minggu terpaksa dikorbankan, tak berbaloi rasanya...
pikir pikir kan la dan selamat berkira!!!!!!!!!

Aura Gading said...

nampaknya marah benar my sacredheart kali ni..mesti ada abang angkat yang dah buat hal..takperla...jgn berkira dalam buat kejer..anggaplah itu satu pengorbanan..
berbaktilah kepada negara
adapun semua itu untuk bekalan dihari tuamu... salam

mySacRedHeaRt said...

ust aura gading, mmg la kalo berckp dengan org yg berumur ni mmg lain mcm ckit jawapan nye...lebih baik ku layan lagu 'AKU TAK PERCAYA CINTA, AKU TAK PERCAYA C.I.N.T.A HEY HEY'