Friday, July 18, 2008

Antara Anwar dan Ahmad Shabeery

Mysacred yakin ramai yg tak lepas peluang tgk debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek (DASC) ngan DSAI baru-baru ini. Kalo nk diikutkan Mysacred mmg jarang nk duduk depan tv lame2 cam aritu, tapi disebabkan nak tgk sejauh mane kehebatan kedua dua org tokoh pada malam tu membuatkan Mysacred begitu tekun mendengar setiap hujah yang disampaikan.
Jelas sekali DSAI hanya pandai memainkan sentimen kebajikan rakyat utk menguatkan hujah nya, Manakala DASC banyak mengeluarkan fakta-fakta yg sahih utk menyatakan kebenaran kpd rakyat (tindakan kerajaan adalah untuk kesenangan di masa hadapan untuk dinikmati generasi seterusnya).
Kalo nak diikutkan latarbelakang di antara kedua tokoh ini mmg la jauh beza. DSAI mempunyai byk pengalaman lebih-lebih lagi pernah memegang jawatan Menteri Kewangan satu ketika dulu, dan DASC baru beberapa bulan memegang portfolio sebagai Menteri Penerangan.
Namun Mysacred ingin memberi credit kepada Menteri Penerangan ini yang mana beliau begitu berani tampil kehadapan berdebat dengan DSAI untuk menyatakan pendirian kerajaan. Pemikiran yang sempit dan kurangnya pengetahuan membuatkan golongan yang menyokong 100% terhadap segala KENYATAAN dan PERBUATAN yang keluar dari/oleh DSAI ini antara punca mereka menjadi fanatik.
Mungkin ada golongan yang tidak faham dengan fakta-fakta yang dinyatakan oleh DASC kerana golongan ini tidak tahu dan tidak faham mengenai Economy (Mysacred pun bukannya mahir sgt pun tapi penah la blajaq pasai economy ni dulu) tetapi sikap tidak mahu tahu ini menjadi sebab rakyat tidak puas hati terhadap tindakan kerajaan dan seterusnya memPROTES.
Apalah nak jadi dgn rakyat sekarang ini. Yang terpengaruh kebanyakkannya golongan muda yang merupakan pelajar IPT yang tidak berfikir panjang.
MySacredHeart Wrote : Rakyat seharusnya lebih bertanggungjawab untuk meringankan beban yang ditanggung kerajaan dan harus mahu TAHU dan mahu FAHAM tentang kitaran ekonomi pada masa sekarang.

1 comment:

Aura Gading said...

debat ni memang bagus. tapi yang pasti aku memang sokong menteri penerangan tu. fakta yang diberi memang betul dan tepat. tapi kalau ada yang tak paham tu harap2 blajar untuk paham ataupun tanyalah dengan orang yang lebih arif.jangan asyik nak hentam sahaja.