Friday, December 12, 2008

Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu Gelanggang Menebus Maruah - Pemuda Umno

Bernama
Pemuda Umno mahu menjadikan pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan ini, sebagai gelanggang menebus maruah selepas Barisan Nasional (BN) tewas pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh pada Ogos lepas.Ketuanya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Pemuda Umno kali ini akan memastikan jentera pergerakan itu lebih bersiap siaga untuk menghadapi pertandingan yang juga dilihat bakal sengit."Dugaan dan ujian terhadap Pemuda Umno adalah untuk memastikan sokongan golongan dan pengundi muda terhadap Barisan Nasional terus dipertahankan sebagaimana ketika Allahyarham Datuk Razali Ismail memenangi kerusi tersebut."Saya melihat pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini sebagai satu peluang kepada kita untuk menebus maruah berikutan kekalahan pada pilihan raya kecil Permatang Pauh," katanya yang juga Menteri Pelajaran kepada pemberita selepas merasmikan majlis korban anjuran Pemuda Umno di Felda Bukit Tongkat, di sini Selasa.Pilihan raya Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian Razali, penyandang kerusi tersebut, pada 28 Nov lalu.
Pada pilihan raya umum Mac lepas, timbalan menteri Pelajaran itu menang dengan majoriti 628 undi menewaskan jaguh PAS, Mohamad Sabu dan seorang calon Bebas, Maimun Yusuf, 89.Hishammuddin menyifatkan pilihan raya kecil Kuala Terengganu adalah berbeza dan tidak boleh disamakan dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh yang dimenangi oleh penasihat umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim."Permatang Pauh adalah jauh berbeza, kerana Permatang Pauh merupakan kubu kuat pembangkang manakala calonnya pula merupakan pemimpin tertinggi parti pembangkang itu dan kerusi itu pula dikosongkan oleh isterinya (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail)," katanya.
Menurut Hishammuddin, BN mempunyai kelebihan kali ini kerana suasana yang menyelubungi pilihan raya kecil Kuala Terengganu ketika ini, adalah berlainan dan tidak sama sebagaimana ketika pilihan raya umum Mac lepas."Kita lihat gelombang dan keadaan ketika ini telah berubah berbanding ketika pilihan raya umum lepas yang banyak bergantung kepada pertimbangan persepsi dan strategi-strategi tertentu yang berkemungkinan tidak lagi berasas pada masa ini, dan saya yakin ini merupakan satu kelebihan kepada kita," tambahnya.Beliau berharap pilihan raya kecil Kuala Terengganu kelak, tidak dicemari dengan suasana dan insiden negatif sebagaimana yang berlaku di Permatang Pauh."Kita minta parti-parti pembangkang bertanding secara `gentleman'," kata Hishammuddin.Yang turut hadir pada majlis korban kali kelima berturut-turut itu ialah Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan anggota exco Pemuda, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.-- BERNAMA

3 comments:

fatamorgana said...

Untuk menang, semangat kerja perlu ditingkatkan selari dengan tindakan. Belajar dari pengalaman di Permatang Pauh, penyokong pembangkang gigih berkempen, menampal poster hingga dini pagi tanpa jemu berbeza PEMUDA yang bersembang di kedai kopi bersembang politik.

mysacredheart said...

biasalah tue, pembangkang pandai mengambil peluang..mereka takkan tunggu dah nak dekat pilihanraya baru nk bekerja...sekarang ni pun jentera mereka dah bergerak..kita ape tunggu lagi.....

JomoSama Tuaran said...

Salam....
Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih. Menang tetap sudah dalam tangan,tapi kalau tidak disertakan dengan usaha bersepadu...tatap kalah juga akhirnya.
Jangan jadi macam PIRU Ke-12 tempoh hari,berapa bilion masuk terengganu dan kelantan, habis pilihanraya...habukpun tarakkk!!