Friday, March 20, 2009

Hormati Keputusan Lembaga Disiplin

Segala keputusan Lembaga Disiplin Umno harus dihormati oleh semua pihak walaupun terdapat pihak yang merasakan keputusan itu boleh dirayu, kata ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim."Jika tidak dilaksanakan prinsip tersebut (berpegang kepada keputusan), kedudukan Umno pada masa depan akan dikhuatiri oleh pelbagai pihak sebagai suatu badan yang tidak mahu akur pada keputusannya sendiri walau apapun kepentingan yang telah terjejas dari pelbagai aspek dan kepentingan," katanya.Menteri Luar itu berkata apabila sesuatu keputusan diambil lembaga itu, adalah lumrah ramai ahli menzahirkan pelbagai reaksi pandangan dan pendapat.Katanya, MT tidak boleh dianggap sebagai mahkamah rayuan sedangkan fungsi keseluruhannya telah diberikan kepada lembaga berkenaan untuk menentukan prinsip-prinsip siasatan, fakta dan juga peruntukan di bawah perkara 10 (1), 10 (2) dan 10 (3) etika berkenaan."Rayuan memang boleh dibuat tetapi terserah kepada MT untuk membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Cek kepada Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan untuk program Bantuan Kemanusiaan kepada Rakyat Palestin di sini Khamis.Selasa lepas, Lembaga Disiplin Umno mengumumkan 15 daripada 29 ahli UMNO yang disiasat pihaknya didapati bersalah dengan kebanyakannya berkaitan dengan amalan politik wang.Antara yang menarik ialah apabila Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam didapati bersalah di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno dan dilarang daripada bertanding atau terpilih sebagai Timbalan Presiden UMNO.Ali, yang juga Naib Presiden Umno, berkata beliau telah membuat rayuan berhubung keputusan itu."Bagaimanapun, soal fakta akan tetap berada di dalam Lembaga Disiplin untuk memutuskan kerana soal berkenaan adalah soal yang berhadapan keadilan sosial dan politik yang dihadapi oleh Umno," kata Rais.

1 comment:

Anonymous said...

Salam mySweetheart Sacredheart!!

Keputusan lembaga disiplin tidak pernah diragui atau dibantah, tidak pernah lagi ada kes-kes mereka ini dibawa ke mahkamah untuk dicabar kesahihannya. Namun, sayugianya...`timing' pengumuman hasil siasatan dan `skop' siasatan amat mencurigai mata umum.

Perlukah saya ingatkan bahawa masih berlambak-lambak lagi kes aduan PIRU ke-12 yang sehingga kini belum selesai, tetapi...kes yang ini...amboiii2, cepat pula selesai!!!

Kalau bukan jadi kerbau dicucuk hidung, apa lagi gelaran yang patut diberi pada kumpulan lembaga didiplin ini.... `orang-orang tua yang nyanyuk' atau `pariah politik'....

Saya tidak sokong 2 calon timb presiden itu...kerana mereka sudah `over' their boundary of positions.. yalah...jadi menteri, jadi Menteri Besar..., kalau semualah macam ini...MANA ADA PELUANG UNTUK AHLI-AHLI UMNO YANG LAIN (berapa juta ahli??)..!!

JomoSama sokong semua calon-calon baru, yang bukan dan tidak pernah ada apa-apa jawatan dalam kabinet mahathir atau Pak Lah...., demi untuk PERUBAHAN DALAM UMNO, BERUBAHLAH, SEBELUM KITA REBAH!!

Salam dari saya disini....tidak dapat gi KL, jaga markas disini...anak2 buah kena tarik gi Bukit Gantang, kawan2 lain kena `cover' perhimpunan diKL.. JomoSama..:[!!!