Tuesday, June 28, 2011

Imej Negara terjejas dengan Demonstrasi Haram

Demonstrasi jalanan jejas industri pelancongan - MATTA


KUALA LUMPUR 24 Jun —

Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) membantah penganjuran demonstrasi jalanan haram di sini pada 9 Julai ini kerana ia akan menjejaskan industri pelancongan negara.

Presidennya, Datuk Mohd Khalid Harun berkata, kedatangan pelancong ke negara ini untuk mengunjungi destinasi popular seperti Kuala Lumpur akan berkurangan jika demonstrasi bermotifkan politik itu tetap diteruskan.

Mengambill contoh Thailand yang sering huru-hara akibat demonstrasi jalanan yang sekali gus menjejaskan industri pelancongan negara itu, beliau berkata, pelancong hanya akan pergi ke sebuah negara yang stabil dan selamat untuk menikmati pelbagai tarikan termasuk keindahan, kebudayaan dan kedamaian sesebuah destinasi pelancongan. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

DEMO JALANAN MENTALITI ORG X BERTAMADUN