Wednesday, June 22, 2011

Kemuntingkan Ambiga, Berahim dan KJ?




Ada orang cadangkan supaya kepala yang mahu anjurkan demo Bersih iaitu Ambiga disumbat di Kemunting bawah ISA. Sebabnya dia cuba cetuskan keadaan huru-hara di Kuala Lumpur. Pada masa yang sama sumbat juga Ibrahim Ali dan KJ sebab Perkasa dan Pemuda UMNO pun nak anjur demo pada hari yang sama!

Itu kata orang! Kata aku, biar jelah mereka nak berdemo ke berperang ke bergasak ke... Sebab yang akan berperang, berjihad, bertahi palat pun orang Melayu dan yang akan terima akibatnya pun orang Melayu bukannya orang sebangsa Ambiga atau Teresa Cock! Jadi biarkanlah! Apa masalah?

Bukankah orang Melayu memang suka buat kerja-kerja macam tu. Lagi ramai orang Melayu bergasak dan berparang dengan sesama Melayu lagi bagus. Sejarah dah buktikan memang orang Melayu mudah sangat diprovokasi dan mudah melatah.

Ada orang kata orang Melayu ni macam ikan lumba-lumba. Makin orang tepuk tangan, makin tinggi dia melompat. Tepuk je lompat, tepuk je lompat... tepuk sekali lagi, lompat ... dusshhh!! kena cantas kepala!! Hahaha...

Jadi puak-puak yang berdemo 9 Julai ini adalah puak-puak yang seronok apabila mereka ditepuk tapi tak tahu ada yang menunggu masa untuk mencantas! Huhu... Labu labu!

dpetik dari http://mesintaipburuk.blogspot.com

p/s : aku setuju dgn mesintaipburuk, pengikut utama mereka adalah Org Melayu yang tidak boleh berfikir dan hanya bertindak ikut emosi....Sebab tu la pengikut yg akan berdemo nanti majoritinya org muda yg tidak tahu langsung apa yg dperjuangkn oleh BERSIH, hanya utk berseronok...almaklumlah org berdarah muda,mudah terpengaruh dgn budaya2 tidak sihat ini. Bila ditanya apa tuntutan BERSIH mereka menjawab 'tidak pasti dan tidak tahu, hanya mengikut kawan'.....Apakah ini menunjukkan BERSIH mewakili suara hati rakyat keseluruhannya?? Apabila ditanya sudah daftar mengundi??jwpn nye belum lagi, sedih sungguh tgk anak melayu mcm ni...

Tetapi bukan senang utk sabitkan mereka di bawah akta ISA, byk peruntukan yg perlu diteliti dan polis tidak akn sewenang-wenangnya menangkap mereka dbwh ISA sblum mendapat bukti kukuh yg dperuntukan utk kaitkan dgn ISA...

No comments: