Monday, August 11, 2008

Uitm untuk bukan Bumiputera

Khalid setuju UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera


Berita Harian

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setuju Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang ditubuhkan untuk melahirkan lebih ramai profesional Bumiputera khususnya Melayu, dibuka kepada bukan Bumiputera.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya sekurang-kurangnya 10 peratus kuota kemasukkan pelajar baru ke UiTM setiap tahun diperuntukkan kepada bukan Bumiputera dan pelajar antarabangsa.

Abdul Khalid berkata, langkah itu bersesuaian dengan perubahan dunia pendidikan di negara ini selain pendedahan awal kepada pelajar UiTM supaya lebih mesra dengan kaum lain.

"UiTM diwujudkan untuk meningkatkan pembabitan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam bidang pendidikan dan usaha ini perlu diteruskan.

"Bagaimanapun, UiTM perlu lebih bersikap global untuk memastikan siswazah UiTM lebih mesra dengan masyarakat berbilang kaum di negara ini," katanya selepas melepaskan peserta Larian Shah Alam-Adidas King of The Road 2008 di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, beliau setuju dengan pandangan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, yang berpendapat tidak salah bagi UiTM dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera.

Abdul Khalid diminta mengulas laporan yang mendakwa ada cubaan pihak tertentu yang mengajak pengurusan tertinggi UiTM berbincang bagi membuka peluang kepada bukan Bumiputera memasuki universiti itu.

Pendedahan itu dibuat beberapa bekas pelajar dan ahli Pemuda Umno Shah Alam minggu lalu yang mendakwa adanya usaha mengajak pihak UiTM berbincang secara tertutup cadangan membawa masuk bukan Bumiputera ke UiTM.

mySacRedHeart wrote : Kalo dah bagi 10% utk non bumi apa keistimewaan jadi bumiputera ni.. dah tak ader beza lagi dah..berlambak lagi IPTA kat Msia ni yang open kat sume kaum..tapi jgn la sampai kacau uitm yg mmg khas ditubuhkan utk org melayu dan bumiputera Sabah/Sarawak..nak bersikap global pun tapi janganlah sampai 'maruah dan identiti' tergadai..Walaupun ianya hanyalah cadangan tapi ianya tidak harus dipandang ringan. Jangan jadi Melayu di luaran sahaja tapi di hati kosong...

p/s : Igt lagi dulu Uitm hanyalah ITM...yg maintain menara je la..

Uitm di hatiku

2 comments:

Anonymous said...

usah hirau pemimpin yang memakan daging saudara sendiri. tapi bodoh la org yang mengundi pemimpin macam ni.

Anonymous said...

nama saja pemimpin melayu, tp x pernah memperjuangkan nasib utk org melayu.yg duk sibuk bantu kaum lain kenapa?dah maju sgt ke org melayu ni.org bukan melayu mmg la akan sokong pemimpin melayu yang seperti itu sebab org bukan melayu nak dapat hak yang lebih dari sekarang.kalau boleh nk dapat yang sama atau lebih dari org melayu.ekonomi diaorg dah pegang..macam mana kalau satu masa nanti, kuasa politik pun diaorg pegang. agak2 time tu, diaorg nk bela ke nasib org melayu atau bumiputra?