Friday, November 7, 2008

PKR mahu Utusan Malaysia dilarang buat liputan

Utusan Malaysia
Ahli Parlimen Gombak, Mohamad Azmin Ali (PKR-Gombak) meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menggunakan peraturan mesyuarat 80 dan 80(a) untuk melarang Utusan Malaysia daripada membuat liputan di Dewan Rakyat.
Azmin menegaskan, akhbar itu telah tidak membuat laporan yang tepat dan adil serta menjadi agen propaganda UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
''Yang Dipertua telah membuat keputusan yang tepat bahawa langkah-langkah tambahan merangsang ekonomi yang dibentangkan oleh Najib bukan sebahagian daripada Bajet 2009, tetapi laporan Utusan Malaysia dan TV3 tidak tepat serta tidak adil," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan pada peringkat jawatankuasa Bajet 2009 pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Azmin merujuk kepada keputusan Pandikar Amin bahawa pembentangan Bajet 2009 dan penggulungan oleh Najib semalam termasuk pengumuman langkah-langkah tambahan untuk merangsang ekonomi negara adalah teratur dan tidak melanggar peraturan mesyuarat.
Semalam Pandikar Amin menjelaskan, langkah-langkah tambahan yang mendapat bantahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) dan ahli-ahli Parlimen pembangkang lain, bukan sebahagian daripada Bajet 2009.
Azmin menegaskan, Dewan Rakyat patut mengikut contoh apa yang dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan melarang wartawan Berita Harian membuat liputan persidangan dewan tersebut.
Beliau juga mencadangkan kepada Pandikar Amin agar memadamkan rekod penggulungan dan pembentangan peruntukan RM7 bilion sebagai langkah-langkah merangsang ekonomi negara daripada rekod Dewan Rakyat.
Bagaimanapun tindakan Azmin itu mendapat bantahan daripada Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (BN-Rompin) yang melihat pembangkang hanya menjadi juara perjuangan kebebasan akhbar sekiranya ia selari dengan perjuangan mereka.
''Mereka kata pembangkang merupakan pejuang kebebasan akhbar tetapi apabila akhbar tidak selari dengan perjuangan mereka, nak hapuskan kebebasan akhbar.

mysacRedheart Wrote : Kalau dah pembangkang pembangkang jgak..mcm2 karenah. Ader jer nak cari pasal dalam parlimen..Buat malu tul, pakai kot jer lebih tapi terjerit-jerit mcm takder adab sopan...beradab lagi kita kat luar ni..

No comments: