Tuesday, November 25, 2008

Saya Bukan 'Saudara Baru'

semalam tetiba mysacred teringat pasal seorang ustaz ni yg pernah bagi tazkirah sewaktu bulan ramadhan baru-baru ni di sebuah surau kecik di pinggir bandar elit somewhere in Selangor..ustaz ni adalah seorang muallaf yang berketurunan cina yang memang aktif berceramah di seluruh dunia terutama skali di negeri China. Beliau juga telah banyak menulis buku-buku mengenai Agama Islam beserta pengalaman-pengalamanya menjelajah seluruh benua Asia...semasa mula-mula berceramah mysacred tak perasan pun yang dia ni bangsa Cina kerana dialek cina nya tiada langsung. Tetapi apabila Tok Imam memperkenalkan kepada jemaah yang hadir mysacred terus kedepan sikit dan mengintai di sebalik tabir (sampaikan makcik2 yang duk kat sebelah mysacred pandang semacam jer heheh sori makcik) dan melihat siapakah gerangan yang dimaksudkan itu. Akhirnya mysacred dapat melihat wajahnya dengan jelas...aper yang menarik perhatian mysacred adalah apabila ustaz ini bertanya kepada jemaah 'kenapa orang bukan islam yang masuk agama islam digelar Saudara Baru'???
mysacred pun jawab dalam hati 'kerana umat islam adalah bersaudara, dan apabila org bukan islam masuk islam kita gelarla mereka Saudara Baru iaitu saudara yang baru dengan Islam'...............lepas tue ustaz tu pun berkata 'Saya Bukan Saudara Baru' dia musykil org gelar dia saudara baru kerana kalo baru semalam dia peluk islam bolehla orang panggil dia saudara baru tapi dah lebih 30tahun dia peluk islam pun org masih lagi panggil dia Saudara Baru,macamaner nie??? para jemaah pun ketawa dan seorang pemuda berkata 'Betul jugak tu ustaz, kalo macamtue kita panggil ustaz Saudara Lama lah ek'...hai buat lawak betulla mamat ni...ustaz tu berharap agar panggilan saudara baru ini tidak lagi digunakan.. terpulanglah ustaz, setiap orang ader pandangan masing-masing...kalo tanyer ustaz lain mungkin dia tak setuju dengan panggilan saudara baru ini ditukarkan........
...mysacred rase panggilan nama tak penting pun, yang penting hati dan amalan kita.....tapi kan panggilan nama jugak sedikit sebanyak memainkan peranan dalam mencerminkan sikap dan peribadi seseorang tue contohnya yang bernama Firdaus dipanggil Salleh, Rizal dipanggil Ijoy, Faizal dipanggil Acai, Shafinaz dipanggil Pinot dan lain-lain lagi.......ader jgak yang digelar Botak, Kecik, Pendek n macam2 lagi.....nak tau satu rahsia??? mysacred pernah digelar Apek oleh keluarga terdekat hehehe.....anda bagaimana????

3 comments:

MAT SIRAT said...

Saya amat bersetuju dengan mysacred.

Apa ada pada nama? Yang lebih penting adalah intipati mahupun keperibadian individu tersebut.

Mungkin sesuatu pengalaman itu akan menjadi 'kisah dan tauladan' kepada yang lain. Allah SWT juga mencipta ummah yang pelbagai agar kita mempelajari dan memahami antara satu sama lain sejajar dalam ertikata perjalan ke suatu destinasi yang lebih baik.

Pernah dengar 'Cinta Di Hujung Garisan'? Sekali dengar saling tak ubah macam judul lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu namun yang paling penting adalah natijah mahupun kesan dari pendedahan mysacred yang perlu disebarkan atas nama persejagatan abadi.

Yang buruk jadikan sempadan,
Yang baik jadikan tauladan...

Kalau bahasa adalah jiwa bangsa,
nama pula adalah jiwa insan, setuju tak?

mySacRedHeaRt said...

tul tu mat sirat...

igt x lagi anak yatim piatu di Acheh yang namanya 'Mahathir' diambil sempena nama bekas PM kita dulu...
bapanya begitu mengkagumi Tun Mahathir Mohamad sampaikan sanggup menamakan anak nya itu sebagai Mahathir....
mereka mahukan keperibadian anaknya sama seperti Tun Mahathir dan mengharapkan agar anak mereka dapat mengubah nasib kelarga mereka kelak, namun ibubapa nya tidak sempat utk melihat bakal kejayaan anaknya apabila meninggal dunia semasa gempa bumi di Pulau Nias Sumatera....

JomoSama Tuaran said...

Semekom mysacredheart..

amboi mak namaa...!! Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. Sudi-sudilah jadi penulis jemputan dalam blog saya..okay.

Ok..sekarang kita bincang tentang topik kita. betul juga kata ustaz tersebut yang seakan melabel mereka sebagai spesis yang berlainan dari kita.

Bagaimana pula dengan kes anak-anak yang tercatit dalam surat lahir mereka sebagai `anak luar nikah' tu?? Kenapa anak-anak yang tidak berdosa itu harus menanggung beban kesalahan orang tua mereka sepanjang hidup?? Apakah mereka mahu dilahirkan sebagai anak luar nikah, saudara baru ...???

Sesuatu perlu kita fikirkan untuk mengubah polisi dan peraturan yang direka oleh manusia ini agar tidak membebankan orang yang tidak berdaya.