Friday, November 14, 2008

GURU TADIKA KEMAS KETINGGALAN ZAMAN

Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 13 Nov. - Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin (PKR- Ampang) melabelkan guru Tadika Kemas sebagai golongan mak cik-mak cik yang ketinggalan zaman dan tidak berkualiti.
Zuraida berkata,
mak cik-mak cik itu masih mengajar angan-angan mat jenin dan ketuanan berkeris kepada kanak-kanak yang mendapat didikan awal di Tadika Kemas.
''Bagaimana hendak cakap mengenai kualiti kalau guru yang mengajar di Tadika Kemas masih ketinggalan dari segi kualiti dan mata pelajaran berbanding tadika swasta," katanya.
Beliau mencelah semasa Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis) membahaskan di peringkat jawatankuasa Bajet 2009 bagi Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Zuraida menambah, kajian yang dijalankan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mendapati kualiti pendidikan di Tadika Kemas adalah rendah.
Katanya, kajian itu mendapati Tadika Kemas dari segi fizikal, kakitangan, mata pelajaran, kerusi dan meja, bangunan dan premis, peralatan, sikap guru dari segi keprihatinan dan penyayang, personaliti guru adalah lebih rendah daripada tadika swasta. Mohamad Shahrum bagaimanapun menegaskan perbandingan yang dibuat oleh Zuraida itu adalah tidak tepat kerana ia membandingkan antara Tadika Kemas dengan tadika swasta.
Jelasnya, perbandingan ini seperti membandingkan ayam dan itik, dua perkara yang berbeza.
Tegas beliau, Tadika Kemas dibiayai oleh kerajaan dengan peruntukan terhad manakala tadika swasta penjaga perlu membayar yang tentunya menghendaki kualiti serta keputusan yang baik.
''Apa yang dikatakan oleh Zuraida itu merupakan satu penghinaan kepada Tadika Kemas yang telah berusaha mendidik anak-anak mengenai semangat kenegaraan, jati diri dan menjadi manusia yang baik.
''Anak saya semua belajar di Tadika Kemas dan mereka menjadi manusia yang berjaya dan berguna," katanya.


mysacRedHeart wrote : riak sungguh kenyataan YB Ampang ni..menghina guru-guru ini samalah juga dengan menghina anak-anak yg belajar didalamnya..kenapa ingin menghina tadika ini yang kita tahu majoriti pelajarnya adalah dikalangan anak-anak melayu yang kurang berkemampuan...kita tahu budget kerajaan sgt terhad utk dibahagi2 kan...tetapi sbg ahli parlimen beliau harus memberi pandangan dan cadangan yg membina untuk memperbaiki mutu tadika kemas ini dan setanding dengan tadika swasta yang lain....mysacred rasa tadika kemas lebih patriotik dan pelajar-pelajarnya lebih independent jika nk dibandingkan dgn tadika swasta...sape yg mcm makcik2 sebenarnya hehhe

1 comment:

Princess Aurora said...

betul tu... sape yang makcik sebenarnye...atau YB ampang tak pernah keluar dari ampang. Kalau di daerah luar bandar, berebut2 org nak hantar anak ke Kemas. Mungkin di bandar sebab bayak pilihan lain Kemas nampak lekeh... tapi kenangkanlah peluang yang diberi kepada anak2 kecil untuk belajar serta guru yang berkorban dengan gaji yang kecil.