Thursday, November 27, 2008

Makanan di KL tidak sedap?

Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 26 Nov. – Ahli Parlimen dari Johor, Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) hari ini mengkritik rasa makanan di bandar raya Kuala Lumpur yang bukan sahaja mahal tetapi tidak sedap langsung.
Mohamad juga mempersoalkan mengapa restoran dan kedai makan di bandar raya ini terlalu kotor.
‘‘Makanan di Kuala Lumpur tak sedap. Saya tengok warga bandar raya walau dihidangkan besi pun dia akan ‘balon’ dan tak ada standard sebab itulah peniaga mengambil kesempatan.
‘‘Makanan di Kuala Lumpur ini tidak boleh dimakan langsung. Kalau minta mi bandung, tak rasa mi bandung, tom yam, asam pedas dan pelbagai lagi tidak rasa seperti makanan tersebut,” dakwanya.
Beliau berkata demikian ketika mencelah semasa Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan menggulung perbahasan di peringkat jawatankuasa Bajet 2009 pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Mohamad menegaskan, kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu diajar untuk melaksanakan tugas mereka dalam memastikan ibu negara mencapai standard yang ditetapkan.


mysacRedHeart wrOte : YB Sri Gading ni makan kat maner ek sampai dia kata makanan kt key ell tak sedap....meh cni mysacred nak ajak YB Sri Gading p makan kt tempat2 yang sedap2 , itupun kalo YB sudi kuar ngan anak jati key ell ni hik hik hik....memang la banyak kedai2 makan yg kotor2 tapi ader jugak tempat mkn yg bersih dan mementingkan kualiti......nak rase asam pedas sedap pegi la kt Kg Pandan, nak rase tomyam sedap pegi la Kg Baru , nak mee udang sedap pun ader...goreng pisang yang paling sedap, nasi lemak sedap, sate paling sedap ...u name it...macam-macam ader n sumenyer sedap2..hmmm rugi la YB tak rase......boleh kempunan tau.......

6 comments:

Ajin b. Gagah said...

mysacRedHeart,Salam perkenalan,
Walaupun berita ini agak outdated, namun ia nya tetap mencuit hati.
bagi saya KL ini terlalu besar lagi luas.
Disamping itu, terdapat banyak juga restaurant-restaurant, warung-warung, Cafe dll yang menarik, bersih dan rasa makanan nya agak ok juga.
Ingin juga saya nak tau, macam mana jenis makanan yang YB dari Sri Gading, Johor ni, maksudkan. Untuk mengurangkan salah faham dan prasangka ,sepatut nya beliau huraikan dengan lebih lanjut.
Mungkin sentuh jenis-jenis makanan yang berkualiti dari Johor sebagai contoh.
Pelik lagi unik juga komen YB ni. .

mySacRedHeaRt said...

hye solymone,
masing2 ader citarasa tsendiri.. cth nye nasi lemak kg baru, ramai org kata sedap..tapi bg mysacred x sedap pun, sedap lg mak kite buat hahahaa..org kata sate kajang sedap, tp ader org ckp sedap lagi sate kat depan menara celcom tu..ha ntahlah belum penah try lagik...tp yg penting selera dan citarasa sendiri yg menentukannya. sekarang baru kita tau selera YB sri gading ni camne...selera kampung...kuikuikui

Anonymous said...

Okay...kalau cam tu lerr citenya..mysacredheart kenalah tunjukkan pada kami dari sabah ni mana tempat yang ada makanan bagus. Di kajang sudah, chow kit biasa saja...nak cuba pula tempat lain...bolehkan my sacredheart??

mySacRedHeaRt said...

boleh saja jomosama..ckp ja bila hehehe...

Anonymous said...

Bah...boleh bah kalu kau....
Tapi, ndak sempat pula jumpa baru2 ni..saya 3 hari jah disana (10-12 Dis)..lain kali ler yaah.
Tengah sibuk time ni...nak pindah pejabat ke Tuaran....Blog pun sudah tidak ter`up-date' lagi....
komputer pun berterabur....poning oden!!

mySacRedHeaRt said...

Wah wah wah bz nyer...tak kan makan pun tak sempat...khikhikhi